Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran anak sulung bersama isteri tercinta, Mahalini Raharja, Rizky Febian akui kerjayanya sedang berada dalam keadaan kurang stabil.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi terkenal itu kepada ayahnya, Sule.
Dalam perbualan itu, Rizky sempat meluahkan kebimbangannya terhadap cabaran kewangan yang dihadapi ketika ini.
“Ya, dia sempat berkata kerjanya dalam keadaan kurang baik. Saya berkata, dia sedang diuji. Nikmati sahaja dulu,” ujar Sule ketika ditemui dalam program Brownis pada Sabtu, 25 Januari 2025.
Ads
Bukan itu sahaja, Rizky turut meluahkan rasa risau tentang tanggungjawab besar yang bakal dipikul sebagai seorang ayah. Namun, Sule menenangkan anak sulungnya itu dengan nasihat penuh makna.
“Dia sempat membuat curahan hati, nanti bagaimana kalau sudah ada anak. Saya cakap, santai saja, tak perlu terlalu difikirkan,” tambah Sule yang sentiasa memberi sokongan moral buat anaknya.
Ads
Imbas kembali, Mahalini membuat keputusan besar dengan berehat sementara daripada dunia seni demi fokus kepada kehamilannya.
Keputusan itu diumumkan ketika membuat persembahan di malam Tahun Baru di Kelapa Gading, Jakarta Utara, pada 31 Disember 2024.
Ads
Rizky Febian dan Mahalini melangsungkan perkahwinan pada 10 Mei 2024 namun begitu perkahwinan tersebut tidak sah dari segi syariat.
Pasangan ini melakukan akad nikah semula pada 27 Disember tahun yang sama. Kini dikhabarkan kandungan Mahalini sudah memasuki usia 8 bulan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf atau letter of demand (LOD) pada 19 Disember lalu, pelakon, Jay Iswazir memaklumkan dirinya masih membuka ruang untuk berbincang dan mencari jalan pendamaian dengan bekas isterinya Azzahra Ahmad.
Menurut Jay, kes ini masih lagi diuruskan oleh pihak peguam.
“Alhamdulillah, pihak Azzahra ada membalas semula LOD. Apa yang boleh saya kongsikan, kami masih di dalam proses berbincang untuk mendapatkan pendamaian.
“Yang kedua, saya nak membersihkan apa yang dikeruh sebelum ini. Selebihnya, saya enggan memberikan komen. Saya tidak mahu berlaku salah faham.
“Apabila saya serahkan perkara ini kepada pihak peguam, biarlah mereka uruskan,” katanya kepada MH.
Jay berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pelancaran lagu runut bunyi bagi filem Dajal yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Bagaimanapun, Jay tetap mahu Azzahra membuat permohonan maaf bagi membersihkan namanya.
“Saya tidak akan mendesak walaupun saya mahu membersihkan nama saya. Pada saya, isu ini berlaku disebabkan salah faham dan emosi. Jadi, hal ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.
“Saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Apapun, saya tetap mahukan permohonan maaf tersebut. Namun, saya tidak memaksa.
“Cukuplah sekadar saya memberitahu perkara ini. Sekiranya berlaku lagi, tengoklah nanti tindakannya bagai mana. Seperti yang saya katakan, saya mencari ketenangan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Jay turut memaklumkan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih untuk berdiam diri selama ini.
“Selama ini, saya berdiam diri kerana saya berpegang bahawa isu ini sangat sensitif. Apa sahaja yang orang fikir dan katakan, pada saya itu hanyalah tindak balas selepas apa yang berlaku.
“Saya berdiam kerana ingin mendapatkan ketenangan untuk berfikir tentang apa yang berlaku dan seharusnya yang saya lakukan.
“Kepada orang-orang di luar sana, saya mengharapkan anda mendoakan yang terbaik,” katanya lagi.
Meskipun namanya terpalit kontroversi, Jay tetap melihat perkara ini dari sudut positif.
“Sebagai manusia, saya ada rasa terkilan. Tapi, Alhamdulillah, saya dikelilingi orang yang menyuruh saya melihat secara positif. Bagi saya, segala yang berlaku ini adalah kebesaran Allah.
“Apabila saya sedar, kita semua banyak kesalahan dan apabila saya melalui ujian ini, daripada saya menyalahkan orang, saya menilai kembali apa yang berlaku. Itu sahajalah,” akhirinya.
Terdahulu, Azzahra diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor berusia 42 tahun itu bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.
Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi.
Difahamkan, notis tersebut dikeluarkan berhubung kenyataan dibuat Azzahra baru-baru ini mendakwa aktor itu telah mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.
Selain itu, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.
Sekadar info, Jay dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Optimis mahu memberikan kelainan lebih segar, TV3 mengambil pendekatan untuk memilih gandingan pengacara Naz Rahman dan Sissy Iman sebagai hos utama di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) Februari depan.
Menurut Pengurus Projek AJL 39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues, dia percaya gabungan dua pengacara ini bakal membuka satu lembaran baharu seterusnya memecah dominasi pengacara sedia ada yang kerap kali muncul di kaca TV di negara ini.
“Tahun ini kita memilih Naz Rahman dan Sissy Iman. Saya tahu ramai yang akan tanya kenapa? Naz merupakan pengacara senior yang sudah lama berada dalam industri.
“Sissy Iman juga sudah beberapa tahun bergelar pengacara seperti di acara karpet merah dan macam-macam lagi. Jadi, untuk tahun ke-39 ini, kami ingin mencuba sesuatu yang baharu.
“Ketika ini, kebanyakan acara menggunakan muka-muka pengacara yang sama,” katanya kepada MH ketika ditemui di Mega Live AJL39 di Petaling Jaya pada Sabtu.
Katanya lagi, pihaknya juga sudah menyusun beberapa strategi dan latihan intensif bagi mewujudkan keserasian diantara Naz dan Sissy.
“Ya, saya tahu langkah ini agak berisiko tapi dari pihak produksi, kita sudah pun menjalankan banyak latihan sebelum AJL39.
“Sissy dan Naz tidak pernah bergandingan selaku hos. Jadi, untuk mendapatkan keserasian itu agak memakan masa.
“Kami sudah meletakkan mereka di program-program seperti Melodi, Muzik-Muzik dan sesi individu bersama team produksi. Mereka ada empat sesi lagi sebelum proses script reading.
“Ini adalah tugas pihak produksi untuk menyatukan chemistry diantara dua hos ini.
Setakat ini, mereka ada perkembangan yang baik,” katanya lagi.
Sedar dengan kritikan yang mungkin bakal berlaku, Russell berharap agar para penonton dapat memberikan peluang buat dua pengacara ini terutamanya Sissy Iman.
“Saya tidak boleh nak menghalang mereka yang mengkritik. Bila ada yang pertikai, itu merupakan perkara biasa. Jadi, untuk kami buktikan sesuatu, kita kena tengok sendiri pada malam AJL39 nanti.
“Tak adil untuk kita menilai orang lain sebelum kita memberikan mereka peluang. Ketika ini, memang susah kita nak mencari hos.
“Kalau kita tak letak Sissy Iman, tidak akan ada pelapis dalam industri ini. Ini juga merupakan inisiatif kami untuk mengangkat mereka sebagai pelapis yang seterusnya,” akhirinya.
AJL39 bakal berlangsung pada 16 Februari depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan ia akan menampilkan barisan 10 lagu terbaik bagi edisi kali ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai tanda dedikasi atas kecemerlangan menggalas tanggungjawab, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat kejutan terhadap seorang kakitangan mereka di Wawa Cosmetics dengan menghadiahkan sebuah Perodua Bezza.
Wawa berkata, kakitangan yang dipilih dari unit operasi itu dirasakan layak untuk diberikan penghargaan terbabit kerana menunjukkan prestasi kerja yang baik.
“Pasukan operasi kami adalah antara bahagian yang sangat bekerja keras tahun ini dan saya sendiri tahu kepenatan yang mereka hadapi setiap hari demi menggerakkan operasi Wawa Cosmetics.
“Jadi ini cara kami untuk menghargai, seterusnya hadiahkan sebuah kereta memandangkan kebanyakan pekerja operasi ini masih belum mempunyai kenderaan.
“Individu yang terpilih ini mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi tahun ini, walau sebenarnya ada ramai lagi yang mencapai KPI syarikat tapi kiranya ini rezeki dia, insya-Allah pekerja lain untuk masa akan datang,” katanya.
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wawa Glamorous Night, di Putrajaya, baru-baru ini.
Wawa pada masa turut optimis untuk terus menghargai para pekerjaya, termasuk pasang impian untuk menghadiahkan sebuah rumah sekiranya jualan jenama mencapai sasaran.
Bercakap mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan sasaran jualan keseluruhan ialah RM50 juta bagi tahun 2025.
“Boleh dikatakan kereta adalah hadiah paling besar pernah kami berikan sebab setiap tahun kami akan bawa kakitangan bercuti ke luar negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat.
“Setiap tahun saya dan Aeril memang mahu berikan yang terbaik untuk mereka dan insya-Allah tahun ini, kalau syarikat capai target jualan mungkin hadiah yang ditawarkan adalah sebuah rumah.
“Memang kami sudah berniat nak menghadiahkan sebuah rumah. Sebenarnya ini kejutan, kakitangan yang menang hari ini mereka tak tahu keputusan sebab saya mengupah pengurus acara dari luar untuk menjayakan majlis ini.
“Alhamdulillah jumlah jualan keseluruhan tahun 2024 sama seperti tahun sebelumnya iaitu sekitar RM30 juta ke atas.
“Bagaimanapun kami bersyukur kerana kita masih boleh bertahan meski pelbagai cabaran yang dihadapi. Insya-Allah target tahun ini, kita akan mulakan misi untuk capai jualan sekitar RM50 juta,” katanya lagi.
Pada majlis sama, Wawa Cosmetics turut meraikan penjual semula (reseller) yang berjaya mencapai jualan keseluruhan bagi tahun 2024, seperti penghargaan berupa wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.
Turut memeriahkan majlis adalah persembahan tarian dan nyanyian daripada kumpulan baharu, Boisover.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...