Ads

Rita Rudaini Tak Kisah Kahwin Lelaki Muda Asalkan…

Pelakon, Rita Rudaini tidak menafikan dirinya pernah menerima mesej daripada golongan lelaki yang lebih muda daripada usianya untuk berkahwin. Malah, bintang ini turut terkejut bila ada di antara mereka yang menawarkan diri untuk menjaga dirinya dan anak-anak. Ada yang merayu supaya diberikan peluang.

“Saya banyak menerima DM lelaki muda, merayu untuk saya berikan mereka peluang. Mereka kata sanggup menjaga anak-anak saya.

“Tetapi saya tidak membalas semua mesej terbabit sebab tak rasa teringin pun. Apatah lagi untuk melihat profile mereka,” katanya seperti yang dipetik Astro Gempak.

Bagaimanapun, pelakon filem Balistik ini tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan lelaki yang lebih muda berbanding dirinya.

Ads

“Saya tak kisah muda ke tua janji matang dan bertanggungjawab,” kongsinya jujur.

Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Ads

Terdahulu, Rita ditemui di majlis pelancaran Najwa Medispa dan drama online Projek Buat Baby di Evo Mall, Bangi, baru-baru ini.

Ads

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.