Rita Rudaini Dedah Punca Anak Sulung Patah Tangan; “Main Bola Kena ‘Tackle’…”

Share

Selepas beberapa hari menerima rawatan di sebuah hospital di Negeri Sembilan, pelakon Rita Rudaini akhirnya berkongsi cerita punca tangan anak sulungnya, Airit Rayyan mengalami kecederaan.

Berkongsikan perkara tersebut di laman Instagram miliknya, Rita, 47, berkata tangan kanan Rayyan patah ketika dia sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.

“Main bola kena tackle, patah tangan.. InsyaAllah boleh main lagi sebab bukan patah kaki.

“Mummy cakap pakcik-pakcik dia main boleh jatuh berguling, kena tackle tapi tak ada patah tangan. Rayyan tanya macam mana mereka buat?

“Haa itu nanti jumpa, Rayyan tanyalah,” tulis Rita di ruangan kapsyen.

Menurut Rita lagi, disebabkan insiden itu juga, Rayyan kadang-kadang mengalami tekanan kerana tidak boleh menggunakan sebelah tangannya buat masa ini.

“Rayyan kadang-kadnag down, emosi tak tentu juga. Kadang-kadang dia okay cakap banyak, kadang-kadang tak nak bercakap langsung.

“Depress sebab sebelah tangan sahaja boleh guna.. susah untuk dia bergerak. InsyaAllah mummy selalu doa semoga dipermudahkan,” tulis Rita lagi.

Terdahulu, Rita memuat naik beberapa foto memperlihatkan Rayyan sedang menerima rawatan di hospital tanpa mendedahkan punca kecederaan dialami anak sulungnya itu.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun mereka bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN