Umum mengetahui sambutan perayaaan Halloween begitu meriah disambut di luar negara dan pastinya mereka akan memakai kostum yang menyeramkan mengikut tema pada hari tersebut.
Tidak melepaskan peluang untuk merasai perayaan tersebut termasuklah pelakon jelita, Rita Rudaini. Bagaimanapun, Rita telah dikecam kerana membenarkan anak-anaknya menyambut perayaan tersebut.
Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Rita, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar menunjukkan rumahnya yang dihiasi dengan dengan labu-labu yang dilukis, gula-gula untuk “Trick or Treat” serta foto anaknya, Arjuna sebagai drakula yang menyeramkan.
Ruangan komen di Instagram Rita juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial. Perkongsian pelakon drama Misi Laksa Dan Laksam itu telah mendapat ribuan perhatian setelah dimuat naik dua hari yang lalu.
Malah, ada yang kurang melihat Rita membenarkan anak-anaknya menyambut Halloween meskipun atas tujuan untuk berseronok dan gambar itu turut mengundang pelbagai kritikan negatif lain daripada netizen.
Walaubagaimanapun, ada juga pengikutnya mempertahankan Rita dan menasihatkan aktres itu tidak mengambil peduli akan tanggapan orang lain.
Malah, tidak tahan dikritik, Rita mula bengang dan membalas kembali komen yang dilemparkan kepadanya.
“Yang komen ni sesuai letak salib kat mulut…lambang orang islam sangat cara komen ko islam sangat kan?? Bagus! Ko memang bagus ,terbaik,ko memang contoh orang islam yang terbaikkk arr bro! cara cakap ko memang melambangkan orang islam kan.” Balas Rita kepada individu terbabit.
Bukan mudah untuk bergelar selebriti. Setiap tindak-tanduk pasti akan diperhatikan oleh peminat. Tidak semua perkara kita boleh kongsi di laman sosial kerana ia akan mengundang kritikan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI