“Rindu Time Ni,”- Noor Nabila Luah Rasa Rindu, Imbau Memori Bersama Jebat Jayden

Share

Baru-baru ini kakak kepada pengacara terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, Nabila telah berkongsi beberapa keping gambar anaknya, Jebat Jayden Ahmad ketika masih kecil.

“Rindu time ni..”tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu telah mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji kecomelan wajah Jebat ketika kecil.

Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 8 bulan.

Yelah, setiap insan yang bergelar ibu mesti akan merasai perasaan seperti Nabila kan?

Foto : Instagram Noor Nabila

IKLAN