Rindu Tak Pernah Padam, Fatimah Kongsi Video Kali Terakhir Allahyarham Adam Alun Takbir Raya

Share

Tanggal 19 Mei lalu, perginya seorang chef selebriti terkenal, Adam Mahamed Ismail menghadap Ilahi akibat jangkitan paru-paru.

Tidak sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Fatimah Omar Mukhlis yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham antara lapan anak saudara yang rapat dengan arwah ada berkongsi video.

Menggunakan akaun Instagram, thefamily.uk, video tersebut melihatkan kali terakhir arwah mengalunkan takbir raya pada tahun lalu, sambil dipangku Fatimah.

“Last Eid with Mamajee 
#malamraya
Date: 14th June 2018


Time: 10.55pm
Location: Manchester,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, netizen turut berasa sebak menonton video berkenaan.

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman paru-paru di kediaman keluarganya di Telipot, Pasir Mas, Kelantan.

Jenazah disembahyangkan oleh 150 jemaah termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lemal.

Video : Instagram The Family UK

IKLAN