“Rindu Pada Orang Tua Amat Berat & Pahit,” – Ramai Ahli Keluarga Telah Tiada, Aaron Aziz Gambarkan Raya Tahun Ini Antara Yang Sukar

Share

Pelakon, Datuk Aaron Aziz menyifatkan sambutan Hari Raya Aidifitri pada tahun ini adalah yang paling sukar buat dirinya lebih-lebih lagi setelah kehilangan beberapa ahli keluarga rapat termasuklah ibunya sendiri.

Jelas Aaron, dia berharap agar Allah dapat marahmati serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaannya bersama ahli-ahli keluarga lain yang masih ada bersamanya.

Dalam pada itu, Aaron turut menyeru kepada semua pihak untuk lebih menghargai setiap masa berharga bersama keluarga kerana ia tidak akan kekal lama.

“My heaviest Raya by far. Hope ALLAH will be merciful and keep us whole as a family together.

“Nenek, Atok, Nenek Melaka, Aunty Lati & my most beloved Mummy & Daddy have passed. Jadi hargai lah setiap saat bersama Ibu bapa dan nenek/ Atok anda jika masih ada.

“Kerana rindu kpd orang tua Amat berat dan pahit. Semoga ALLAH SWT merahmati mereka semua Ameen,” tulisnya.

Rasa hiba itu dikongsikan oleh pelakon filem Ombak Rindu itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Jumaat.

Dalam kemeriahan kita menyambut hari raya, Aaron juga berharap agar kita semua dapat menitipkan doa buat saudara Islam kita di Palestin.

“Selamat Hari Raya saya ucapkan kpd semua dan juga doakan saudara Islam kami di Palestin,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menitipkan ucapan hari raya buat Aaron dan juga keluarganya.

Dalam perkembangan lain, Aaron telah telah muncul dalam filem terbarunya yang berjudul Dekatnya Cinta yang kini sedang ditayangkan menerusi langganan di saluran Astro First.

Filem Dekatnya Cinta merupakan kesinambungan bagi drama Adam Dan Hawa yang pernah mencetus fenomena drama tempatan satu ketika dahulu.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

IKLAN