“Rindu Ini Takkan Pernah Habis, Jumpa Nanti Sayang,” – Genap 11 Tahun, Shuib Imbau Foto Pernikahan Bersama Arwah Siti Sarah

Share

Selebriti terkenal, Shuib mengimbau kembali foto majlis pernikahan bersama isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 hari ini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad foto indah itu menerusi sepotong video dengan alunan lagu nyanyian arwah isteri tercinta, di laman media sosial Instagram miliknya.

Pada masa sama, Shuib turut menzahirkan rasa rindu buat arwah.

“26 Feb 2011-26 Feb 2022 11 Tahun Happy Anniversary Ibu. Rindu ini takkan pernah habis, jumpa nanti Sayang. #AlFatihah #SitiSarahBtRaissuddin #PerShuibOfHappyness #Anniversary,” tulisnya.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar Shuib terus dan tabah mengharungi ujian

“Alfatihah, semoga sentiasa arwah dalam limpahan rahmat kasih Yang Maha Esa,” titip rakan penyanyi, Lah Ahmad.

“Happy anniversary sebak sgt dengar lagu ni @shuibsepahtu @suciuwais,” tulis seorang wargamaya.

“MasyaAllah masih terasa masih baru rasanya tangan ini mencantik kan sahabat ku siti sarah dn syuib dihari bahagia kalian, tapi Allah sayang kan sarah dia ambik dari kita. Al’Fatihah,” titip lagi seorang peminat yang lain.

Imbas kembali, Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Shuib

IKLAN