Dah lama rasanya tak lihat pelakon Diana Amir ini pegang sesuatu watak di kaca TV kan? MH pun dah tak ingat bila kali terakhir dia berlakon.

Semasa MH bertemu dengan Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 31 tahun,semalam pun, dia sendiri mengakui memang sudah lama tidak berlakon dan terselit sedikit rasa rindu terhadap bidang lakonan.

‘Rindu Berlakon Itu Masih Ada Tapi..’ – Diana Amir

IKLAN

“Rindu itu memang ada tapi tiadalah teruk sangat. Mungkin sebab Diana sendiri pun dah biasa mengacara jadi kurang sikit rasa rindu itu.

“Cuma, Diana tahu kalau berlakon itu komitmennya sangat tinggi dan dengan keadaan saya sekarang yang sudah berkeluarga dan anak-anak yang masih kecil, agak sukar.

“Diana pun tak mahulah nanti kelihatan macam saya yang bermasalah bila pihak produksi kena ikut ‘timing’ saya dan sebagainya.

“Jadi seeloknya saya kekalkan dengan keadaan yang sedia ada ini,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Malaysia International Sport and Fitness Fair di Ruang Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu, Diana mengatakan bahawa sekarang dia lebih mengutamakan famili daripada karier.

IKLAN

‘Rindu Berlakon Itu Masih Ada Tapi..’ – Diana Amir

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah, saya boleh seimbang kan antara karier dan famili dengan sebaiknya. Cantik betul susunan Allah SWT itu kan?

“Cuma, pada saya sekarang, tentulah famili lebih diutamakan. Lagipun status mak-mak sekarang kan? hehehe,” katanya lagi.

MH sokong kata-kata Diana itu, sememangnya famili sangat penting dalam hidup kita, lagipun tanggungjawab seorang ibu itu penting kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI