Berita

“Rindu Akan Kekal Hingga Abadi,” – Raissuddin Tunjuk Video Kandid Dengan Siti Sarah, Indah Coretan Bapa Buat Arwah Anaknya

Share

Pelakon dan penyanyi, Raissuddin Hamzah menitipkan coretan buat anaknya, Allahyarham Siti Sarah menerusi satu perkongsian terkini di Instagram.

Sambil memuat naik video kandid bersama arwah, Raissuddin menyatakan perasaan rindu dan sayang buat Sarah akan kekal sampai bila-bila.

“Anakku, yang aku kasihi, yang selalu kucintai, yang setiap saat di rindui…

“Anakku, Kasih ini tak kan hilang, cinta ini tak kan pergi, rindu ini akan kekal hingga abadi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Hantaran berkenaan pantas mendapat reaksi pelbagai daripada warganet yang rata-ratanya turut meninggalkan komen yang baik-baik.

Imbas kembali, Sarah yang mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan usahawan, Shuib meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Perkongsian tersebut sehingga kini sudah pun menerima lebih 62,000 tanda suka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN