Pasti ramai yang mengenali personaliti TV dan model terkenal, Kendall Jenner bukan? Memilki kemewahan, rupa paras yang jelita dan kehidupan yang cukup hebat dikeliling ribuan peminat membuatkan ramai yang ingin mendampinginya.
Namun, mungkin tidak pada figura cantik itu. Kendall mengakui tidak selesa dengan keadaan tersebut.
Disebabkan itu, dia merancang untuk memiliki pistol untuk keselamatan diri disebabkan dia sering dikejar peminat fanatik yang sentiasa mengikuti pergerakannya sehingga adakalanya bertindak terlebih berani memecah masuk ke kediamannya.
Dia memberitahu hasratnya baru-baru ini kepada kakaknya, Khloe ketika program Keeping Up With Kardashians.
“Jadi saya seminggu sekali seperti di datangi peminat fanatik, mungkin lebih, dua kali seminggu. Seseorang muncul di kediaman saya setiap hari,” katanya.
“Saya sendiri berasa tidak selesa dengan keadaan ini,” katanya.
Malah, kakaknya, khloe Kardashian turut bersetuju dengan cadangan adiknya disebabkan dia juga merasa keluarganya kini menjadi target musuh.
Bagaimanapun, Kim Kardashian tidak bersetuju dengan rancangan Jenner mahu memiliki pistol demi menjaga diri.
Walaupun tidak dipersetuju Kim, namun mereka tetap nekad untuk memiliki senjata tersebut untuk keselamatan mereka, terutamanya pada waktu malam.
“Saya tahu Kim melarang kami memiliki pistol.
“Tapi untuk Kendall dan saya, pistol dapat membuatkan kami tidur nyenyak di malam hari,” kata Khloe Kardashian.
Sumber: the federalist.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI