“Rileks Dulu, Baru Dua Bulan,” – Respon Sasqia Dahuri Fasal Cahaya Mata, Tetapi…

Share

Pelakon Sasqia Dahuri yang kini sudah pun bergelar isteri kepada ahli perniagaan Singapura, Ashraff Khan mengakui pada fasa sekarang, dia dan suami sepakat merancang keluarga memandangkan keduanya tinggal berjauhan demi kerjaya.

Bagaimanapun, ujar bintang berusia 33 tahun ini dia acap kali ulang alik dari Kuala Lumpur-Singapura demi mengisi masa bersama suami, begitu juga sebaliknya.

Sasqia yang kini muncul menerusi filem terbaru berjudul Misteri Delaila turut mempunyai jawapan sendiri apabila diajukan persoalan mengenai cahaya mata.

“Rilekslah dulu. Kami kahwin baru sahaja dua bulan. Akan tetapi kami tidak menolak rezeki.

“Cumanya kalau ditanya sekarang apa yang boleh dikatakan kami ada rancang kerana masing-masing masih lagi dalam proses untuk menjalani kehidupan suami isteri dengan sempurna sebagaimana pasangan lainnya.

“Masa sebelum kahwin kita memang boleh cakap itu dan ini, namun bila sudah bergelar suami isteri perasaan itu jadi lain macam,” katanya jujur kepada MH.

Terdahulu, Sasqia ditemui media pada Malam Gala Misteri Delaila di MMCineplex, Damansara.

Sasqia dan pasangannya mendirikan rumah tangga 15 Disember 2019. Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan di Bangi Golf Resort pada 21 Januari lalu.

Foto: Instagram Sasqia Dahuri

 

IKLAN