Penyanyi Shila Amzah yang telah selamat bersalin anak cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada Khamis berkongsi situasinya sebelum melahirkan anak keduanya.
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
“Rhea dah terbelit tali pusat, so terpaksa juga (caesarean). Apa-apa pun Sha tak nak discourage you to try for VBAC (bersalin secara normal setelah caesarean).
“Semoga dipermudahkan. Trust your instinct, apa sahaja yang terbaik untuk baby and kita,” kongsinya.
Shila memberikan reaksi itu terhadap soalan warganet menerusi aplikasi Ask Me Question, pada Jumaat.
Ads
Sementara itu, Shila turut menerangkan soal makna di sebalik nama puterinya itu.
Ads
“Kita tukar ejaan dari ‘Reyah’ ke ‘Rhea’ yang bermaksud kemenangan. Akira pula bermaksud terang. Jadilah mama Rhea Akira.
“ Insya-Allah menjadi kemenangan yang menerangi kami sekeluarga,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, suami Shila iaitu pempengaruh Ubai berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi sulungnya itu di Instagram.
Sambik memanjatkan kesyukuran, Ubai atau nama sebenarnya, teruja ketika momen pertama kali melaungkan azan buat pertama kali ke telinga anaknya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbeza dengan mana-mana persembahannya sebelum ini di pentas konsert, penyanyi Aina Abdul memberikan aura berbeza ketika diberi peluang menghiburkan tetamu buat pertama kali bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), baru-baru ini.
Sinonim sebagai penyanyi yang sentiasa ‘all out’ dalam memberikan persembahan, Aina bagaimanapun tidak kekok menyesuaikan diri dengan gubahan simfoni lebih lembut dan santai bersama 60 pemuzik okestra iringan.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menunjukkan sisi ‘patuh’ bersesuaian dengan pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan mengalunkan nyanyian yang lebih bersahaja tetapi tetap bertenaga bersama paduan pemuzik orkestra pimpinan Ahmad Muriz Che Rose.
“Itulah perbezaan konteks persembahan simfoni kerana pemuzik orkestra mempunyai dinamik dalam skor muzik mereka dan begitu juga saya.
“Saya cuba menyesuaikan nyanyian dengan skor muzik mereka, lebih lembut dan santai.
“Jadi apabila saya mendengar muzik, saya cuba untuk selaraskan nyanyian kerana saya tidak mahu ‘bergaduh’ dengan muzik itu,” katanya.
Persembahan selama dua jam itu juga bagaikan tidak terasa apabila Aina menyampaikan 20 buah lagu popularnya termasuk Sumpah, Kejam, Jangan Mati Rasa Itu, Shadow dan beberapa lagu medley artis antarabangsa.
Sementara itu, Aina menyifatkan persembahannya selama dua hari berturut-turut di DFP pada 10 dan 11 Mei lalu sebagai pengalaman berharga apatah lagi ia cukup berbeza berbanding konsert pernah diadakan sebelum ini.
“Konsert ini menunjukkan sisi Aina Abdul yang sedikit ‘patuh’ kerana sebelum ini saya menyanyi main ‘langgar’ sahaja.
“Ia juga adalah pengalaman pertama saya bersama orkestra seramai 60 pemuzik. Saya tidak pernah membuat persembahan dengan pemuzik seramai ini,” katanya.
Dalam pada itu, Aina turut menyifatkan nyanyian dengan gubahan simfoni memberi peluang kepadanya untuk lebih bermain dengan warna vokal.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja nama pelakon berbakat besar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama pentas Ummi Nazeera pastinya terbayangkan raut wajah lembut manis yang sering menghiasi drama-drama di kaca televisyen.
Malah, meskipun sibuk menguruskan kerjaya dan juga keluarga, ibu kepada dua cahaya mata ini ternyata punyai cara tersendiri untuk menghargai dirinya sendiri seroang wanita bekerjaya, ibu dan isteri.
Pada 8 Jun lepas iaitu kira-kira dua bulan awal dari tarikh hari lahirnya yang ke-33 tahun, Ummi telah memberi hadiah buat dirinya sendiri berupa sebuah kenderaan MPV mewah berwarna putih.
Dedah Ummi, “Alhamdulillah! Finally picked up my early birthday present for myself Memandangkan hari ini hari cuti saya, sempatlah pick up. As a mother, my top priority has always been my children.
“I forgot that a happy mother means happy children too. So, I decided to pamper myself and show myself that I love myself with a big gift this year. Weee.. and yes mothers. It feels good! Don’t forget to pamper yourself ok!”
Pada tanggal 20 Ogos lalu, genap 33 tahun usia aktres cantik, Ummi Nazeera. Kian matang melayari kehidupan dan jelita dalam kelas tersendiri, pelakon wanita berbakat besar ini bertuah kerana sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang dan peminat setia.
Mengenali Ummi, bintang Risik Pada Hati ini seorang yang humble dan mesra meskipun sudah berjaya serta terkenal.
Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Ummi diraikan penuh meriah oleh kenalan rapat. Dia yang mengenakan persalinan jaket biru dan tudung polos warna senada kelihatan ceria dan gembira.
Kongsi Ummi, “Alhamdulillah! Officially 33. Thank you for this lovely surprise babies @shaziarozaini @theninasmith @diy. I am so grateful for this positive friendship. Alhamdulillah.
Thank you to everyone for the doa. Thanks to my husband for allowing the girls to bring me out.”
Sekadar info, pada 23 Julai lalu, Ummi menyambut ulang tahun perkahwinan keenam bersama Dr Izzar. Ummi Nazeera sah bergelar suri hati kepada Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Ayra Aneesah berusia empat tahun dan Aysha Arsylia berusia dua tahun.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Layanan peminat yang sangat istimewa dan energi dahsyat bila setiap kali membuat persembahan membuatkan kumpulan popular Indonesia, D’Masiv sentiasa mahu kembali ke Malaysia untuk menjayakan konsert.
Namun, berbeza pula kali ini apabila mereka bakal bergandingan dengan penyanyi, Mario G Klau menerusi ‘Amazing Consert D’Masiv & Mario G Klau’.
Konsert ini bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.
Menurut vokalisnya Rian, Malaysia sentiasa menjanjikan suasana penonton yang gamat seperti mana yang berlaku ketika konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur Februari lalu.
“Bila buat persembahan di Malaysia, ia selalu menjadi momen yang istimewa kerana kami tidak selalu dapat peluang seperti ini. Kami hanya akan datang bila ada acara istimewa.
“Penonton juga akan selalu ramai dan sangat menghargai kami. Mereka semua hafal lagu D’Masiv walaupun bukan lagu hits.
“Kami juga kenal dengan muka-muka yang selalu hadir di konsert kami. Tahun 2023, sambutan di Kuala Lumpur sangat luar biasa sehingga kami terpaksa menambah satu hari lagi.
“Semoga pada tanggal 29 Jun nanti, ramai peminat yang akan hadir dan kami akan berikan persembahan yang sangat istimewa,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi dan penulis lirik, Mario G Klau turut berbesar hati apabila dapat bersama-sama mengadakan konsert dengan kumpulan kegemarannya sendiri.
“Saya sangat teruja apabila berpeluang untuk berkongsi pentas bersama D’Masiv. Mereka merupakan sebuah kumpulan muzik yang sangat besar.
“Ia satu penghormatan bila dapat sama-sama buat persembahan dengan abang-abang gang saya minat sejak di bangku sekolah.
“Ramai sudah rakan-rakan seangkatan saya sudah membuat konsert di Malaysia. Saya tumpang gembira buat mereka dan kini giliran saya,” katanya.
D’Masiv dan Mario ditemui pada majlis sidang media konsert yang berlangsung di SF Residence, Jakarta, Indonesia, baru-baru inu..
Konsert ini dianjurkan menerusi kolaborasi dua negara iaitu JPP Entertainment (Indonesia) dan Creative Page (Malaysia).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Creative Page, Khairul Faiz akui teruja kerana diberikan kepercayaan untuk menguruskan konsert ini secara penuh di Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPP Entertainment kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada Creative Page untuk menganjurkan acara Amazing Concert di Malaysia.
“Ini satu perjalanan baharu buat kami untuk bergabung dan menjalankan konsert ini.
“Diharapkan dengan berlangsungnya konsert melibatkan dua nama besar ini, ia akan menjadi sebuah acara yang meletup,” katanya.
Terdahulu, tiket Amazing Consert D’Masiv & Maria G Klau sudah pun dijual bermula pada hari ini.
Harga tiket pula mula dijual serendah RM184 (General Seating B), RM194 (General Seating A), RM200 (Rockzone B), RM210 (Rockzone A), RM936 (VIP 2) dan RM465 (VIP 1).
Menariknya, konsert ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas dua orang artis tempatan iaitu Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...