“Rezeki Untuk Mereka Yang Berkerja Siang & Malam,” – Tya Ariffin Didakwa Riak Hadiah Kereta Mewah Buat Staf, Ini Pula Reaksi Suaminya

Share

Usahawan selebriti, Tya Ariffin yang kini menjalankan perniagaan makanan kesihatan sering mendapat perhatian daripada netizen selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah dan berjenama kepada pekerja di syarikat perusahaan bersama suaminya, Asyraf Khalid.

Terbaru, pelakon kelahiran dari Indonesia ini sekali lagi menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada pekerjanya.

“TYA ARIFIN & ASYRAF KHALID HADIAHKAN KERETA PADA STAFF SEKALI LAGI ???,” tulisnya.

Lalu, suami kepada Tya iaitu Asyraf memaklumkan niat murni ini sebagai tanda penghargaan yang ikhlas kepada pekerja yang telah bertungkus lumus menjayakan perniagaan miliknya.

“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini.

“Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk sama sama mencapai impian yang disasarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf mengakui ada menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen terhadap isterinya.

Meski ada yang memberi kritikan, ada juga yang memuji niat murni usahawan berkenaan bersama pekerja.

Video: Instagram Tya Ariffin

IKLAN