Tular di media sosial mengenai seorang lelaki miskin di Ghana yang dapat menunaikan haji hanya kerana pertanyaan sama ada dron jatuh di depan rumahnya dapat membawa menunaikan haji.

Pada Jumaat minggu yang lalu, Al-Hassan Abdullah dilaporkan dapat mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima itu dengan bantuan Kementerian Luar Turki dan badan kebajikan negaraitu.  

Khabarnya, Abdullah menemui dron berkamera di kampungnya dan menyerahkan kepada krew penggambaran Turki.

IKLAN

Dia juga bertanya kepada krew terbabit sama ada mereka ada peralatan seperti dron yang lebih besar oleh kerana hajatnya ingin terbang mendirikan haji ke Arab Saudi tetapi tidak mampu.

Perbualan itu menjadi tular hingga dilaporkan sampai ke pengetahuan Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavusoglu yang terus tampil membantu.

IKLAN

Dipetik dari sebuah  agensi, Abdullah memberitahu berita Turki, Anadolu: “Saya sangat bersyukur dengan rezeki Tuhan ini dan berdoa untuk semua yang sudi membantu saya apabila dapat mencapai impian ini.

“Bantuan ini terlalu bermakna. Saya percaya ia sesuatu yang mampu perbaiki persahabatan dan persaudaraan sesama Muslim,” ujarnya setiba dari Accra pada 18 Ogos lalu disambut badan amal Turki yang aktif di Ghana.

Dalam pada itu, Cihad Gökdemir, penolong pengurus badan kebajikan yang menyambut Abdullah di Istanbul berkata, kisah lelaki itu tersebar selepas kakitangan stesen TRT World memuat naik gambarnya di Twitter.

IKLAN

“Orang ramai termasuk ramai ahli perniagaan tempatan dan pelbagai syarikat swasta mula bertanya mengenai Abdullah kerana berebut-rebut mahu membantu.

 

 

“Akhirnya dia berjaya dikesan oleh seorang anggota polis Turki yang kebetulan bertugas di Ghana,” katanya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI