Pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlynn akui teruja apabila diberi peluang untuk melawat kilang pemprosesan air zam zam di Arab Saudi.
Menurut Ozlynn, ia merupakan peluang yang tidak akan dapat dilupakan kerana mereka berkesempatan untuk melihat secara dekat cara penyediaan air zam zam sebelum diserahkan kepada orang ramai.
“Okay tadi pergi kilang air zamzam di Mekah. Tekah terima kasih kerajaan Arab Saudi. Bagi peluang kita tengok cara proses dan bungkus,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Ozlynn menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi video tersebut juga, Johan turut berkongsi keadaan kilang yang harus menyiapkan 240,000 botol air zam zam setiap hari.
Ads
Malah, Ozlynn turut memaklumkan mereka juga diberikan peluang untuk merasai sendiri air zam zam daripada sumber utama.
“Sehari mereka kena siapkan 240,000 botol air zamzam untuk di edarkan.
“Rezeki tadi dapat minum terus. Lain rasa dia,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menyifatkan ia merupakan pengalaman berharga buat Johan dan isteri.
Ads
“Rezeki manusia yang baik hati. Suami isteri mulia hati.
“Best betul. Semoga dipermudahkan urusan di sana.
“Alhamdulillah seronok betul. Silalah buat liputan lagi. Dapat kami tumpang tengok.
“Rezeki abang dan kakak. Tak semua dapat peluang seperti ini,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Johan dan Ozlynn merupakan antara 13 pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Mereka telah berangkat pada 7 Jun lalu, pada jam 5.30 petang dan selamat tiba di Mekah pada awal pagi keesokan hari.
Mereka juga menyertai delegasi media, antaranya dari Astro AWANI, Bernama TV, TV Alhijrah, Utusan Malaysia, dan Utusan TV yang membuat liputan musim haji tahun ini.
Kesemua mereka mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri memuat naik dua tangkap layar perbualan yang difahamkan berlaku di antara bekas suaminya bersama individu yang dipercayai berlaku ketika mereka masih berumah tangga sebelum ini.
Menerusi perbualan WhatsApp berkenaan, ia dipercayai telah dikongsikan sendiri oleh pelakor (perampas laki orang) demi membuktikan mereka berdua berhubungan serius.
“Ini coversation antara pelakor dan bekas sisa saya, untuk pengetahuan, chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.
“Kenapa aku minta cerai? Sebab ni…. Ini juga perbualan antara pelakor dan bekas sisa, diberikan kepada saya untuk membuktikan bahawa mereka sangat serius,” tulis Shuhada menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Sementara itu menerusi hantaran sebelumnya, Shuhada dia berbuat demikian kerana mendakwa pihak berkenaan yang memulakannya terlebih dulu.
“Takzabarrrr kita pulak nak up semuanya, kepada you, get ready, ini bermakna perang, mahkamah tak mahkamah letak tepi, kau yang start dulu!
”Bagi tahu nak yang mana dulu? Korang nak baca conversation antara pencurang dan pelakor atau voice recording? Pilih.
“Tapi introduction dia kita perlu buka dengan voice recording “Shu tak salah, tuttt yang salah mak abah, Shu tak tahu pasal ni”, voice recording between dia dengan family sebab nak tunjuk reaction masing masing.
”Dan kepada yang pernah pegang account saya jugak dulu, saya ada surprise untuk anda, saya tak takut sebab duit aku pun kau catu nak bayar ada hati nak saman, selesaikan saman kau dulu,” tulis Shuhada yang turut disertakan hashtag #kitaperlubagitahudekatmediabarulahjantan!
“Kau memang berani bro, sebab kau yang salah, aku pegang aib kau besar yakmat ni, aku ada semua bro, semua…. Kita nak settle kat mahkamah kan? Takjadi eh? Nak settle sini? Boleh…. takut tak sempat nak masuk set berlakon orang drop nama kau,” tulisnya lagi.
Shuhada turut berkongsi mengenai kes mahkamah melibatkan kes tumbuk membabitkan dirinya dan Hafidz.
“Jangan!! Aku cakap jangan sentuh aku, nak tengok jauh mana aku pergi? Okayyy, saya seru kepada semua yang berkelapangan pada 3/7/2024, kes jenayah (tumbuk) bicara akan berlangsung di high court KKB, jum sama sama bawak sepanduk “Berani Kerana Benar!” Sangat dialu-alukan datang,” tulisnya.
Imbas kembali, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup sebelum ini, mereka memiliki sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penulis buku, Jonathan dan Farel Mikhail menjelaskan pihaknya tidak ada niat mahu menggunakan populariti usahawan sensasi, Kak KM demi melariskan buku Pesona Kebaya tulisan mereka yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Menurut Jonathan, keberadaan anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri berkenaan adalah sebagai tetamu jemputan dan atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin.
“Terkejut juga apabila ada yang menuduh kami sengaja menjemput Kak KM kerana mahu menggunakan kisah sensasinya bagi melariskan buku Pesona Kebaya. Ada yang cakap, seolah-olah kami mahu menumpang popularitinya dan mempunyai niat tertentu.
“Sejujurnya kami tiada niat nak menggunakan nama Kak KM atau selebriti-selebriti lain yang hadir. Kami sudah anggapnya seperti kakak dan tiada langsung niat mahu mempergunakan mereka untuk menjual buku ini.
“Kami menjemput Kak KM atas dasar persahabatan memandangkan pernah bekerjasama dengan beliau sebelum ini. Lagi pun, inilah masanya untuk berkongsi hari bermakna kami setelah lama impian mahu muncul dengan Pesona Kebaya akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.
Jonathan berkata demikian ketika majlis pelancaran buku Pesona Kebaya terbitan FM Group di Pavilion Damansara Heights, pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut menyaksikan Kak KM menggayakan baju kebaya rekaan Jonathan dan Farel Mikhail.
Sementara itu, Jonathan juga meluahkan rasa syukurnya apabila pengusaha jamu itu sudi menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis pelancaran buku tersebut.
“Apabila saya buka saja mulut menjemput ke majlis ini, Kak KM terus menyatakan persetujuan kerana menyokong usaha kami untuk memartabatkan baju kebaya. Iyalah, mungkin tidak ramai orang muda seperti kami yang mahu memartabatkan baju kebaya yang menjadi warisan budaya Malaysia.
“Bagi kami, anak-anak muda memainkan peranan penting dalam meneruskan budaya turun temurun nenek moyang kita. Saya harap buku Pesona Kebaya ini mendapat sambutan ramai kerana ia berkenaan budaya kita. Siapa lagi mahu berbangga dengan budaya kita kalau bukan kita sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, majlis pelancaran diraikan meriah dengan kehadiran rakan selebriti jemputan, rakan media selain persembahan fashion show yang menampilkan kepelbagaian jenis kebaya di negara ini.
Dalam pada itu, Jonathan dan Farel mempunyai sebab tersendiri dalam menghasilkan buku Pesona Kebaya ini.
Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional kebaya ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity bagi tahun 2023.
Ini kerana, kebaya adalah pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Baba Nyonya, Chetti & Jawi) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.
“Ada yang bertanya, kenapa memilih kebaya sedangkan banyak lagi pakaian tradisional lain yang boleh dijadikan buku. Ini kerana, kebaya mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri selain merupakan warisan budaya kita yang harus kita hargai.
“Dalam buku ini, apa yang kami buat adalah untuk memperkasakan baju kebaya yang menjadi budaya Malaysia.
“Kami nak masyarakat tahu kebaya di Malaysia bukan hanya Kebaya Nyonya dan Kebaya pramugari, sebenarnya ada sepuluh lagi jenis kebaya yang kita patut tahu dan perlu diketengahkan.
“Antara kebaya yang saya maksudkan adalah kebaya Perlis, Pahang, Johor-Riau, Kota Bharu dan banyak lagi. Semuanya kebaya tetapi ada perbezaan dan kelebihan tersendiri yang kita semua harus tahu.
“Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang mengambil bidang fesyen atau sesiapa sahaja yang meminati fesyen. Mereka boleh melihat perbezaan seperti pola dan cara jahitannya,” katanya.
Jonathan juga bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk mempromosi baju kebaya dalam dan luar negara. Mereka juga mendapat sokongan daripada Jabatan Warisan Negara & Kolej Komuniti Selayang.
“Jika sebelum ini ada yang mendakwa kebaya berasal dari Indonesia atau Thailand sahaja. Sebenarnya ada perbezaan. Menerusi buku ini, masyarakat dapat tahu dan membezakan kebaya Malaysia dengan negara-negara lain. Kebaya Malaysia sudah tentu ada keunikannya tersendiri.
“Sementara itu, kami berharap kerjasama antara FM Group dengan MOTAC ini dapat memperkenalkan lagi kebaya Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit filem, Datuk Haji Afdlin Shauki kini menambah satu lagi ‘jawatan’ di dalam karier seninya sebagai penulis novel selepas naskhah Papadom mula dipasarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Novel setebal 160 muka surat yang diterjemahkan daripada skrip filem arahannya, Papadom ini menjadi pilihan pertama Datuk Afdlin Shauki kerana kisah itu mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi.
“Cerita Papadom ini saya tulis kerana sebagai seorang ayah, ada rasa kesal dalam diri saya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik dan saya mula berfikir tentang ciri-ciri ayah yang terbaik yang saya mahukan.
“Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia ini yang mempunyai dilema yang sama. Bapa yang menyayangi keluarganya dan mahu memberikan kehidupan terbaik kepada keluarganya, jadi dia bekerja keras untuk keluarganya sehingga tak dapat meluangkan masa bersama keluarga yang dicintai itu.
“Tiadanya keseimbangan dalam kehidupan adalah antara sebab utama permasalahan dalam keluarga. Selalunya manusia berubah bila ada satu insiden besar yang menyentap kehidupan mereka.
“Sewaktu bermain scrabble dengan isteri, saya merenung wajahnya dan bertanya pada diri ini, kalau sesuatu berlaku pada dirinya, apakah saya mampu untuk mengambil alih tugas sebagai ibu kepada anak anak?
“Persoalan itulah yang mencetus idea untuk saya hasilkan naskhah PAPADOM. Sebagai ibu bapa, kita tak dilahirkan dengan buku manual bagaimana nak menjadi ibu bapa yang baik, akan tetapi, kita kena percaya yang Allah SWT akan sentiasa ada bersama dengan kita dan memberi pengajaran yang terbaik bagi diri kita.
“Kita mesti berani melangkah masuk ke alam Papadom dan hadapi segala dugaan dan cabaran-Nya.
“Semoga buku ini memberi manfaat kepada bapa-bapa, ibu-ibu untuk mengenali perangai bapa-bapa dan untuk anak-anak, agar mereka tahu yang walau apapun berlaku mereka adalah permata yg yang ternilai di hati bapa mereka,” katanya.
Papadam dijual pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak pada harga RM22.90. Buat masa ini, novel terbitan YWP Media Sdn Bhd ini hanya dijual di PBAKL 2024 dan bakal memasuki kedai-kedai buku seluruh negara.
Malah, hanya 1,000 naskhah dikeluarkan bagi cetakan pertama.
“Kami juga merancang untuk menyertai acara-acara yang melibatkan pembukuan termasuk pesta buku di setiap negeri,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Datuk Afdlin Shauki kini turut memegang jawatan sebagai Pengerusi YWP Media Sdn yang turut penerbit akhbar mingguan Wilayahku dan merupakan anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.