“Rezeki & Peluang Dihadiahkan Kepada Semua Yang Membantu Saya Ke Saat Ini,” – Layak Ke AJL Dua Tahun Berturut-Turut, Aina Abdul Titip Ucapan Penghargaan

Share

Berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), penyanyi, Aina Abdul ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyokongnya selama ini.

Menurut Aina, segala pencapaian ini terhasil daripada berkat doa ahli keluarga dan seluruh peminat yang tidak henti-henti menyatakan sokongan terhadap lagu Semalam.

 “Alhamdulillah. Semalam mara ke final Ajl35. Rezeki dan peluang ini Aina hadiahkan kepada semua yang membantu Aina ke saat ini. Doa maa dan semua family members yang kuat untuk Aina. Miss you and love you!

“Fans yang mengundi lagu Semalam tanpa henti berminggu-minggu di Muzik-Muzik, my dear Ainations, walaupun kita berjauhan, but I can feel your heart and soul close to me.

“Kepada pihak tv3 dan para juri, Terima kasih atas penghargaan ini untuk berjuang bersama 11 lagu hebat di pentas akhir Ajl35,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aina menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Aina turut berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja pasukannya yang telah berkerja keras bagi merialiasikan apa yang dihajatinya.

“Dan last but not least, my team. This is for all of you yang berkerja keras memikirkan apa yang terbaik untuk Aina..yeayyy!

“Terima kasih tak terhingga buat semua yang membantu perjalanan lagu Semalam dari awal pembikinan hingga ke tahap ini! Lets work hard for Ajl35,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah salain turut mendoakan semoga segala urusan Aina pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 nanti akan dipermudahkan.

Untuk rekod, Anugerah Juara Lagu ke-35 merupakan penyertaan kedua berturut-turut buat Aina selepas kali terakhir pada edisi tahun lalu dengan mempertaruhkan lagu Sumpah.

Sumber: Instagram Aina Abdul

IKLAN