“Rezeki Dapat Tengok Secara Live Imam Masjidil Haram,”- Mat Dan Insafi Diri, Solat Subuh Di Barisan 5 Saf Terhadapan

Share

Pengacara dan bintang media sosial, Mat Dan kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Dalam pada itu, Mat Dan atau nama penuhnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah ada berkongsi beberpa keping gambar di Instagramnya.

Malah, anak kelahiran United Kingdom itu juga berasa bertuah kerana dapat mengerjakan solat di barisan kelima di belakang Imam Masjidil Haram.

“Alhamdulillah subuh pagi tadi, rezeki saya dapat tengok secara live Imam Masjidil Haram, dan dapat solat baris yang ke 5 belakang dia.

“Alhamdulillah, Insya’Allah semua org yang telah kirimkan du’a kepada saya, saya sampaikan dh di sini pagi tadi.

“Insya’Allah semua du’a kami akan di makbulkan. Amin.

Petah dengan loghat Pantai Timur, Terengganu, Mat Dan bersama isterinya, Nadifa Adnan dan anaknya, Muhammad Zayne Tyler sama-sama menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu buat pertama kali.

Foto : IG Mat Dan

IKLAN