“Rezeki Allah Untuk Isteri & Anak-Anak,”- Bawa Keluarga Pindah Rumah Baru, Alunan Azan Kmy Kmo Curi Perhatian

Share

Selepas kejayaan lagu Sifar di International Media Festival For Prevention (IMFP) yang berlangsung di Toronto, Kanada, rapper, Kmy Kmo sekali lagi berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dia sekeluarga kini telah pun berpindah ke sebuah rumah baru.

Menurut Kmy atau nama sebenarnya, Luqmanul Hakim, dia berasa amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk merasai nikmat tersebut demi keselesaan ahli keluarganya.

“Rapper azan plus bawa family pindah rumah baru.

“Terima kasih Abah untuk petua yang sentiasa dibawa bersama hingga kini. Alhamdulillah syukur Rezeki Allah untuk isteri dan anak-anak,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Kmy juga berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mengazankan rumah yang bakal didiaminya itu.

Dikesempatan itu juga, Kmy turut merakamkan ucapan penghargaan buat bapanya yang selama ini banyak memberikan nasihat mengenai soal kehidupan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan agar Kmy akan terus sukses lagi selepas ini.

Sekadar informasi, hasil perkongsian hidup Kmy bersama isteri tercinta, Syifa Diana, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Abdul Jabbar Rakeem, 2 dan Abdul Akbar Naseem yang baru sahaja berusia dua bulan.

Sumber: Instagram Kmy Kmo

IKLAN