Selepas terkandas beberapa hari akibat masalah visa, Neelofa yang kini berada di tanah suci bersama keluarga untuk mengerjakan ibadah haji memaklumkan, dia meninggalkan seketika dunia sosial terutamanya Facebook dan Twitter bagi memberi fokus kepada ibadah.
Kongsinya, sepanjang tempoh itu, dua platform media sosialnya itu akan dikendalikan oleh pihak pengurusan.
“Dear all, as I will be away performing hajj, my Facebook and Twitter will be managed and curated by my admin from today until 15th August 2019,” tulisnya.
Ads
Dear all, as I will be away performing hajj, my Facebook and Twitter will be managed and curated by my admin from today until 15th August 2019 ❤️
Memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan komen netizen menyebut namanya beserta seorang gadis comel, Datuk Seri Aliff Syukri mempersoal apa yang perlu dibantu terhadap individu tersebut.
Malah, penyanyi Abang Nak Tegur turut bertanya mengapa ramai yang ‘tag’ namanya.
“Apa kena mengena dgn abg?? Kenapa terlalu ramai masyarakat Malaysia tag nama abang utk tolong budak comel ni..nama dia siapa?
“Siapa tau budak comel ni dari mana.. dia nak apa dari abg?? adalah abg patut tolongggg?? komen di bawah dan slide pic ni utk tngok,” tulisnya.
Namun di sebalik keprihatinan penyanyi dan ushawan berjaya ini, ada netizen yang menyelar tindakan Aliff yang disifatkan tiada adab dalam penggunaan bahasa.
Pada masa sama, ada yang meminta Aliff supaya membantu permasalahan yang dihadapi individu berkenaan.
Terdahulu, Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida cukup sinonim mengenai keprihatinan mereka dalam membantu insan memerlukan.
Malah, pengambilan pekerja kurang upaya (pekak dan bisu) baru-baru ini turut menerima reaksi positif ramai.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Farah Lee kini sedang mengerjakan Rukun Islam kelima di tanah suci.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini juga mahu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadah Haji.
“Haji adalah berdebu dan kusut masai.”
“Hari ini ya Allah, aku serahkan diriku sepenuhnya padaMu. Terimalah ia, sempurnakanlah ia dan kembalikanlah ia dalam bentuk yang terpuji.
“Dear family and friends, I am now, in my ihram, walking from Makkah to Mina, to stay overnight, then to Arafah the next day for wukuf follows by the rest of my Hajj rituals until 12th Dzulhijjah, inshaAllah.
“I will now, divorce my life from the outside world. Before that, again, I’d like to apologise for all my wrongdoings either intentionally, otherwise, or in any other forms. Please pray for my safe return, whether to home, or to Home 🖤
“The journey of #hajjahFL 06:36 090819.. Between Mecca al-Haram and Mina,” tulis Farah sambil diseratakan suasana di Tanah Suci.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.