Respek! Bila Pengantin ‘Cemas’ Barang Hantaran Tak Sampai Sebelum Majlis, Ini Yang Vivy Yusof Lakukan Iaitu…

Share

Baru-baru ini butik fesyen popular, Fashion Valet mengumumkan telah melakukan sedikit penambah baikkan terhadap sistem atas talian mereka.

Lalu, proses tersebut telah menyebabkan beberapa urusan jual beli tergendala buat seketika.

Akibat masalah tersebut, seorang pelanggan telah naik berang apabila barang yang dipesan lambat tiba sedangkan majlis perkahwinannya akan berlansung pada keesokan harinya.

Perihatin dengan masalah berkenaan, pemilik FV sendiri, Datin Vivy Yusof telah menjawab keluhan pelanggan tersebut.

“I’m so sorry. We spoke to our fiance just now and we will be delivering his order personally by today in Johor. We also added a surprise for you in there, as a token of our sincerest apology. Congratulations in advance for your wedding this weekend, wishing you a lifetime of happiness. Sorry for the alarm,” tulisnya

Vivy telah membuat pemohonan maaf dan telah mengarahkan pekerjanya untuk menghantar barang berkenaan terus ke rumah pelanggan tersebut.

Malah, Vivy turut menyediakan hadiah istimewa untuk menebus semula segala kesulitan yang telah dialami oleh pasangan tersebut.

Wah, bagus betul cara pihak Fashion Vallet menyelesaikan aduan pelanggan ye! Tanyata usaha mereka ini wajar diberikan pujian.

Foto: Instagram Fashion Valet

IKLAN