Bakal diijabkabulkan pada Sabtu ini bersama jejaka pilihan hati, Mr. H, pelakon Reen Rahim berkata dia tidak risau sekiranya ‘sahamnya’ jatuh selepas bergelar isteri.
Reen atau nama sebenar, Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata dia tidak berasa bimbang sekiranya tidak laku selepas berumah tangga kerana sentiasa percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
“Saham jatuh?Saya tidak takut atau risau mengenai hal tersebut.
“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT.Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik.
Ads
“Kalau saya perlahankan karier mungkin sebab faktor umur dan bukan sebab berkahwin.Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak… jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.
“Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin.Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan,” katanya kepada MH.
Ads
Reen bakal disatukan dengan Mr. H pada Sabtu ini dan majlis resepsi pula diadakan pada Ahad seperti mana yang dimaklumkan dalam majlis sidang media pada 8 Disember lalu.
Pelakon berusia 34 tahun itu hanya akan mendedahkan identiti bakal suami pada majlis pernikahan, esok.
Ads
Keseluruhan tiga majlis iaitu berinai, akad nikah dan resepsi pelakon asal Klang, Selangor itu mendapat tajaan berjumlah RM15 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara juga ratu cantik, Vivienna Alfred mendedahkan dia banyak belajar dan menimba pengalaman sewaktu penggambaran program yang meneroka keindahan dasar laut di Malaysia, Deep C.
Menurut Vivienna atau lebih mesra disapa Vivi, dia pernah diserang panik kerana tangki oksigen tidak berfungsi secara normal sewaktu menyelam di dasar laut.
Deep C terbitan Peak Project bakal ditayangkan bermula esok, jam 9.30 malam di TV Okey (Astro Saluran 146) sebanyak 13 episod berdurasi 30 minit setiap Sabtu.
Bergelar ratu cantik, Vivi, 25, yang juga pemenang tempat kedua Miss Grand Malaysia 2022 sentiasa idamkan cabaran lasak untuk dirinya.
Malah minatnya terhadap aktiviti menyelam bertitik-tolak sejak empat tahun lalu selepas mencuba aktiviti terjun udara.
“Pada 2018, saya lakukan terjun udara di Dubai dan ia antara pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup saya. Dapat melihat keindahan bumi dari pandangan udara ketika itu sangat menakjubkan.
“Justeru, saya berfikir suatu hari nanti wajib meneroka keindahan dasar laut pula bagi melihat sisi lain dunia pula. Aktiviti menyelam memang sentiasa dalam senarai wajib cuba saya dan akhirnya dapat realisasikannya menerusi Deep C,” katanya.
Bagi Vivi, setiap program memiliki kekuatan tersendiri dan bukan sekadar program ‘kosong’. Deep C adalah bukti terdekat bahawa sesebuah program mampu memberi tunjuk ajar mendalam serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Persiapan dilakukan Vivi sebelum memulakan penggambaran juga dibuat dengan sangat teliti. Dia perlu siapkan aspek fizikal dan mental kerana aktiviti menyelam menuntut tenaga yang cukup selain sangat memenatkan.
“Apabila berada di dasar laut, masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa disedari, kita sudah terlalu letih bila kembali ke permukaan. Sekali menyelam ambil masa sekitar 45 minit dan saya lakukannya sebanyak dua atau tiga kali setiap hari.
“Ada masa, secara mentalnya saya rasa tidak melakukan tugasan itu sebaiknya. Sebagai pengacara, bahkan mana-mana artis, pelakon, selebriti pun kena sentiasa konsisten memberikan hasil kerja terbaik sebaik kamera mula ‘rolling’,” katanya.
Mengulas mengenai situasi panik yang dihadapi, Vivi berpendapat setiap penyelam perlu bijak mengendali rasa panik apabila berdepan masalah teknikal sewaktu berada di dasar laut.
“Ada satu hari, tangki oksigen saya tidak berfungsi secara normal sewaktu sudah berada di dasar laut. Saya tidak boleh bernafas sekali gus sangat panik dan mahu cepat-cepat naik ke permukaan laut tanpa ikut prosedur betul.
“Mujur jurulatih selam saya ketika itu sangat profesional menangani situasi terbabit dan segalanya dapat diselesaikan secara baik ketika itu. Memang satu pengalaman yang membuka mata saya,” katanya.
Apapun, di sebalik cabaran tertentu dan rasa letih, Vivi menyifatkan pengalaman menyelam sehingga dasar laut sangat berbaloi. Menikmati sendiri keajaiban di sudut berbeza dunia adalah pengalaman tidak terbanding harganya.
“Paling menyeronokkan apabila dapat melihat dan mendalami sendiri keunikan makhluk di dasar laut. Setiap lokasi menyelam memiliki keunikannya yang berbeza-beza. Saya tidak sabar penonton melihat sendiri keunikan itu.
“Program ini menyeronokkan selain sangat informatif. Ia berkongsi mengenai topik tarikan pelancongan, latar belakang bersejarah, pengalaman mengenai budaya, kesedaran isu tertentu, perubahan iklim, projek perlindungan dan pemulihan berkaitan penjagaan laut,” katanya.
Pelakon Aidit Noh mempunyai alasan tersendiri apabila bertindak memadam foto bersama isterinya, Hanani di Instagram sekaligus menafikan bahawa rumah tangga mereka bermasalah.
Menurut Aidit, 29, dia memilih untuk menyimpan gambar kemesraan bersama isteri dalam arkib di Instagram bagi mengelakkan penyakit ‘Ain atau gangguan disebabkan oleh pandangan mata yang disertai perasaan iri hati dan dengki.
“Perkara ini pernah terjadi pada kami. Rasanya tak perlu saya ulas secara terperinci sebab semua orang sudah sedia maklum mengenai penyakit Ain ini.
“Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk menyimpan semua gambar saya dan isteri dalam arkib di Instagram.
“Mungkin ramai yang tak percaya, tapi zaman sekarang ini ia masih berlaku dan kita perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi di media sosial.
“Alhamdulillah saya dan isteri bahagia melayari kehidupan rumah tangga. Kami pun baru dikurniakan anak perempuan pada 22 Oktober lalu,” katanya, lapor Harian Metro.
Aidit dan Hanani berkahwin pada 29 Mei tahun lalu.
Dalam pada itu, pelakon drama Terbuka Pintu Syurga itu yang baru mendedahkan mengenai kelahiran puteri sulungnya kepada media menambah, dia dan isteri belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya yang diberi nama Nur Qadeeja.
“Sebenarnya saya belum kongsikan perkara ini di media sosial. Saya tunggu waktu yang sesuai, barulah saya kongsikan kepada umum.
“Kelahiran Nur Qadeeja banyak mengubah gaya hidup saya seperti sudah jarang keluar malam dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
“Malah kalau keluar bekerja pun, saya cuba berbincang dengan pihak produksi supaya saya tidak bekerja sehingga lewat malam.
“Jujurnya di awal perkahwinan saya berasa seperti berbulan madu, tapi apabila sudah ada anak saya ibarat memikul satu tanggungjawab yang besar.
Hidup saya juga seperti ada tujuan dan perlu cari duit untuk besarkan anak,” katanya lagi.
Seorang pengguna setia produk yang dihasilkan usahawan Rozita Ibrahim tidak dapat menahan sebak apabila ibu kepada pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu mempelawanya untuk sama-sama menunaikkan umrah.
Menitiskan air mata sejurus diberitahu Rozita mengenai perkara itu, mereka dilihat saling menghargai dan berpelukan bersama.
“Kebetulan dia beli produk di butik rumah hutan saya, saya tawarkan nak bawa dia umrah. Followers pertama saya offer umrah, ada lagi 13 orang.
“Orang sakit, orang baik selalu bersyukur pd Allah. Semua produk saya dia makan. Kemana event dia ada, ni lah yang saya namakan penguna tegar & followers yang ikhlas sayang saya. Bukan di kalangan orang kaya.
“Saya sedih kasih sayang mereka sangat mengunung pada saya. Beli produk saya. Saya pula rasa bersalah, kejam tak dapat tolong mereka.
“Saya harap bila selalu buat promotion, saya dapat bantu orang untuk beli dengan harga rendah,” tulis Rozita yang sinonim disapa sebagai Bonda Rozita menerusi ruangan kapsyen.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...