“Reda Dengan Ujian Ini,” – PU Riz Sah Positif Covid-19

Share

Memetik laporan Harian Metro, pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz disahkan positif wabak Covid-19 selepas mengalami gejala demam panas sejak tiga hari lalu.

“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.

“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.

“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini.

“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” jelasnya seperti yang dipetik.

Sumber : Harian Metro

IKLAN