“Reda Dengan Pemergian Bidadari Syurga,” – Genap 7 Hari Cucu Pertama Pergi, Gmie Screen Tenang Hadapi Dugaan

Share

Reda akan pemerigian cucu sulungnya pada 18 November lalu, penyanyi Gmie Screen berkongsi momen pilu saat jenazah cucunya, Siti Adinda Raudhah dikebumikan.

Bayi perempuan itu dilahirkan pra-matang pada 23 Oktober lalu.

Kesan dari itu, bayi comel itu terpaksa menerima beberapa suntikan dan badannya dipenuhi wayar.

Bagaimanapun, Gmie atau nama lengkapnya Hajmi Haji Ibrahim tenang menerima dugaan yang menimpa diri dan keluarganya.

“Bismillahirrohmannirrohim. Terima kasih kepada keluarga… saudara-mara.. jiran..sahabat.. media dan semua yg hadir…Terima kasih Ustaz Rizal.

“Terima kasih juga atas ucapan takziah…kata2 semangat dan doa daripada kalian.

“Inshaa Allah…Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah…


Kami sekeluarga redha dgn pemergian bidadari syurga kami.

“Kami juga memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan kekurangan.

“Semoga kita semua sentiasa dlm kasih sayang Allah dunia dan akhirat. Amiinn,” kongsinya sambil disertakan video saat jenazah Adinda dikebumikan.

Sementara itu, anak Gmie iaitu Siti Hadirah turut berkongsi video di saat pemergian anaknya itu.

Terdahulu, Hadirah dan suami, Muhammad Ridzzuan bernikah pada 24 Mac lalu.

Video/ Foto : Instagram, Gmie Screen, Siti Hadirah

IKLAN