Hampir berputus asa untuk menyertai mana-mana program lawak selepas gagal lebih lima kali, ternyata percubaan terakhir ini telah mengembalikan semangat peserta asal Kelantan, Zunny untuk mengejar impiannya di dalam dunia komedi.
Bakal bersaing dengan 13 peserta lain di program Awesome Raja Lawak, Zunny tidak mahu mensia-siakan peluang sebaliknya ingin menjadikan platform ini sebagai medan untuk membuktikan bakatnya sebagai pelawak.
“Kalau nak bercakap soal kelakar ni, semua orang ada sisi lawak yang tersendiri. Cuma berani atau tidak sahaja utuk tunjukkan kepada khalayak ramai. Jadi, saya putuskan untuk memberanikan diri hadir ke uji bakat untuk tunjukkan bakat skil-skil saya dalam bidang komedi.
“Sebelum ini saya pernah mencuba untuk menyertai program-program lawak hampir lima kali tapi semuanya tiada rezeki. Umur saya pun dah cecah 30-an. Saya cakap dengan diri, kalau tiada rezeki juga di sini, saya akan lupakan dunia komedi ini.
“Alhamdulillah, perancangan Allah itu cantik. Saya bersyukur kerana terpilih menjadi 14 peserta akhir yang akan berentap di Awesome Raja Lawak,” katanya kepada MH.
Apa yang menariknya, sebelum menyertai pertandingan ini, Zunny merupakan seorang usahawan yang mengusahakan servis mengangkat sampah dari rumah ke rumah.
Ads
Bagi pemuda berusia 27 tahun ini, dia tidak pernah berasa malu dengan pekerjaannya itu dan turut menganggap tugasnya itu memberi sumbangan yang besar buat masyarakat terutamanya buat penduduk di kampungnya.
“Saya bekerja sendiri sebagai pemungut sampah. Jangan salah anggap, saya bukan jenis yang mencari sampah.
“Kerja saya adalah menyediakan servis mengangkat sampah dari rumah ke rumah. Ini perusahaan yang saya buat sendiri. Sayalah kuli, saya jugalah bos. Saya banyak beroperasi di kawasan kampung saya yang terletak di Tanah Merah, Kelantan.
Ads
“Apa yang nak dimalukan. Bukannya pekerjaan yang tidak elok. Saya juga memestikan keadaan persekitaran itu bersih. Kalau tiada saya, siapa yang nak pungut sampah-sampah tu. Jadi, saya bersyukur dengan segala aturan yang telah disusun oleh Allah kepada saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga mahu memanfaatkan peluang ini untuk mengubah nasib keluarganya ke arah yang lebih baik
Ads
“Kalau kita lihatkan peserta-peserta terdahulu, rata-rata kehidupan mereka berubah selepas menyertai program-program seperti ini. Jadi, saya berhadap dengan peluang yang diberikan oleh pihak Awesome TV ini, saya juga dapat mengubah kehidupan saya dari segi kewangan dan status.
“Jadi, saya mahu memberikan sepenuh komitmen sepanjang menyertai program ini. Bunyinya mungkin agak cliche, tapi memang saya nak ubah kehidupan saya ke arah yang lebih baik. Bukanlah saya nak kata kehidupan saya sebelum ini tak baik, cuma saya mahukan perubahan,” akhirinya.
Terdahulu, Awesome Raja Lawak akan bersiaran pada setiap Rabu mulai 7 September ini secara eksklusif di saluran Awesome TV 123 (Astro) dan 112 (MyTV).
Program ini bakal dihoskan oleh gandinagn pelawak Chiwan Chilok dan Nizam Jentik-Jentik.
Pelawak lagenda, Saiful Apek, Pelakon, Khir Rahman dan selebriti popular, Ayda Jebat akan menggalas tanggungjawab selaku juri tetap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ozlynn Wati memuat naik foto terkininya di Instagram yang dikelilingi anggota Bomba bertubuh sasa yang tular ketika sesi Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sambil berkongsi kapsyen humor, Ozlynn tetap tertarik pada suaminya, Johan yang disifatkan sebagai kelakar.
“Haih arini i rasa berbunga-bunga, satu sebab tiada pesaing, TQ Fafau (tidak ke udara kerana difahamkan kurang sihat). Kedua sebab semua orang menjerit-jerit semalam sampai nak histeria masa perarakan team Bomba.
“I pula senang-senang jek di kelilingi abang-abang Bomba yang sado sampai merajuk la orang tu. Alahai papa, jangan ghisau la, ‘se-tough tough’ diaorang, belum tentu boleh buat i gelak hari-hari. Diaorang tak kelakar sayang. Jalan pon berkepak, habis dinding retak diaorang langgar,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ozlynn turut akui suaminya adalah yang terbaik.
“You still the best ok sayang. Cuma sikit jek kalau you nak bikin…macam pergi gim, jaga makan, tidur awal, tak boleh main game, jangan tidur siang, jaga anak, tolong masak, kemas katil, vacum rumah, mop lantai, cuci bilik air, berus baju, cuci karpet.
“Untuk lagu ini, saya tak rancang apa pun, takdir Allah SWT membawa saya ke sini. Itulah ayat yang gambarkan perasaan saya.”
Demikian kata penyanyi, Datin Alyah yang bersyukur selepas lagu Thank You Allah yang turut menampilkan Cat Farish dan PU Riz memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM) malam tadi.
Alyah, 41, berkata, Thank You Allah pada awalnya dihasilkan secara spontan ketika dia mengerjakan umrah pada tahun 2019.
“Melodi pada bahagian chorus lagu tersebut saya dapat ilham ketika saya mengerjakan umrah tiga tahun lalu. Jadi bila saya pulang, kita semua kena ‘kurung’ (perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19).
“Ketika itu kita semua tahu ramai yang terkesan misalnya ada yang kehilangan pekerjaan, stress, kes bunuh diri dan sebagainya. Namun ketika itu saya dapat tawaran daripada satu jenama kecantikan yang agak baik untuk menjadi duta.
“Pada saat ramai yang berada dalam tekanan, saya terima rezeki dariNya. Jadi daripada situlah tercetusnya ilham menghasilkan Thank You Allah. Saya duduk… berfikir sambil ucap terima kasih kepadaNya atas rezeki yang dilimpahkan.
“Tiba-tiba teringat melodi yang saya masih lagi simpan dalam telefon ketika itu, kemudian menghubungi komposer untuk menghasilkan sebuah lagu, alhamdulillah,” katanya.
Ditanya mengenai kedudukannya yang bersaing dengan penyanyi nasyid sedia ada, isteri pemuzik Datuk Ramli Ms ini menyifatkan kemenangan sesuatu yang tak terjangka.
“Saya berbesar hati sebenarnya apabila berada di dalam kategori tersebut di samping rakan penyanyi lain yang sudah sedia dikenali menerusi genre nasyid.
“Bila diumumkan menang, saya tidak terfikir apa-apa pun. Memang tidak sangka, tiap lagu yang bertanding pun hebat belaka. Apa pun, saya anggap ini rezeki untuk semua pihak yang terlibat di sebalik lagu ini,” katanya.
Terdahulu, Alyah menerima trofi AIM pertamanya pada tahun 2014 di dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang versatil, Elly Mazlein mengulas mengenai keberadaanya di pentas Gegar Vaganza ke-9 (GV9) seorang diri di dalam segmen pertengahan sebelum kembali berdua bersama hos gantian, Daniel Zaini, Ahad lepas.
Menurut Elly, dia perlu bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku secara spontan demi memastikan program tetap berjalan dengan baik.
“Sebagai hos, kita kena sentiasa berdepan dengan sebarang kemungkinan. Begitulah juga halnya dengan saya. Apa sahaja… show must go on. Jadi saya cuba buat demi peminat GV.
“Saya hanya nak buat yang terbaik. Alhamdulillah semua orang ketawa, happy. Itu yang saya mahu selain berjalan dengan lancar. Itu yang paling penting,” katanya.
Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina berkata demikian menerusi satu video yang dikongsikan di Tik Tok, semalam.
Ditanya mengenai ada penonton yang membuat perbandingan selain menyifatkan pengacaraannya sebagai ‘gedik’, Elly bersikap rasional.
“Tidak mengapa. Saya begini, dalam kehidupan akan ada yang suka dan sebaliknya. Tapi kita ‘timbang’, mana yang lagi banyak. Apa yang saya nampak banyak yang positif. Jadi saya ambil yang positif.
“Yang negatif tu tidak mengapa. Saya anggap semua orang ada hak untuk suka dan tidak suka. Beginilah… mungkin yang tak suka tu satu hari nanti akan suka saya. Tak kenal maka tak cinta.
“Pada saya kalau kita nak bersedih dengan apa yang orang cakap, kita tak boleh macam tu. Sekarang ni kita kena biarkan saja. Itu hak mereka untuk berkata-kata,” katanya lagi.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...