“Rasa Yang Tak Dapat Dibeli Dengan Wang Ringgit,” – Intan Najuwa Sebak Nak Tinggalkan Madinah, Ini Pula Kiriman Doa Fatin Afeefa

Share

Pelakon, Intan Najuwa menitiskan air mata dan rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan Madinah selepas tiba di sana sejak 26 Januari lalu.

Malah, bintang berusia 22 tahun ini turut bersyukur atas pengalaman yang dilalui dan menyifatkan ia tidak boleh diganti dengan wang ringgit.

Perkara itu dikongsikan pelakon Kekasih Paksa Rela itu menerusi Insta Stories.

“Assalamualaika ya Rasulullah. Assalamualaika ya Habiballah. Subur terakhir di Madinah. Sebaknya rasa hati. Berat sangat nak tinggalkan.

“Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku peluang untuk menikmati rasa ini. Rasa yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Besarnya kuasa mu ya Allah.

“Tak pernah menangis dan rasa sebak macam ni. Perasaan untuk meninggalkan Madinah itu sesuatu yang nyata.

“Saya doakan semua sedara Islam saya dapat rasa kenikmatan ini, doa saya sentiasa dengan anda semua,” tulisnya.

Sementara itu menerusi beberapa foto yang dimuat naik di paparan Instagram pula, Intan ada menyatakan rasa gembira dan hanya Yang Maha Esa tahu apakah perasaannya ketika ini.

“I’m so happy to be here. Only god knows what I felt inside. Mixed feelings all at once,” maklum Intan.

Lalu melihat ke sisi komen, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat pelakon muda ini seterusnya mengharapkan agar semua urusannya dipermudahkan di tanah suci.

Malah, rakan selebriti, Fatin Afeefa turut meninggalkan komen terhadap entri berkenaan dan turut mendapat reaksi dari rakan baiknya itu.

Foto: Instagram Intan Najuwa, Fatin Afeefa

IKLAN