Selepas hampir dua tahun berehat untuk menumpukan perhatian kepada anak, pelakon Yuna Rahim mengakui bukan mudah untuk dirinya kembali membiasakan diri di set penggambaran.
Malah menurut Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abdul Rahim, selain mengalami serangan anxiety, dia turut merasakan kemahiran lakonannya mula pudar.
“Saya rasa seperti hilang diri sendiri. Sebelum ini, kita sudah biasa bekerja dan berjumpa dengan ramai orang. Bila saya nak kembali ke set, tiba-tiba ada perasaan anxiety.
“Saya jadi terlebih fikir. Adakah orang masih boleh menerima saya dan lakonan saya? Dahulu, saya boleh melakonkan apa sahaja watak dengan mudah.
“Bila lama tidak bekerja, saya rasa seperti budak baru belajar. Saya asyik tertanya-tanya okay ke lakonan saya. Saya banyak rujuk kepada pengarah,” katanya kepada MH.
Ads
Yuna berkongsi perasaan itu ketika ditemui di sidang media drama Lambaian Huda terbitan Viu yang berlangsung di The Starhill, Bukit Bintang.
Pengorbanan Jadi Ibu & Kambali Dalam Lakonan
Mengenai cabaran berjauhan dengan anak yang masih kecil, Yuna bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga yang memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.
“Saya tidaklah terlalu sedih bila terpaksa tinggalkan anak untuk bekerja. Namun, bila di set, saya akan rindu bila lihat gambarnya. Ini adalah pengorbanan untuk masa hadapan. Jadi, saya perlu bekerja.
Ads
“Saya di kelilingi dengan orang-orang yang sangat menyokong seperti ibu, ibu mentua dan suami. Suami saya bekerja sebagai kru produksi. Bila saya kembali bekerja, dia pula akan bekerja di pejabat.
“Kini, dia ambil alih jaga anak. Kalau dia bekerja juga, kami akan hantar anak kepada ibu atau ibu mentua. Ketika ini, kami masih tak berani nak serahkan jagaan kepada orang lain,” kongsinya.
Walaupun harus bersaing dengan pelakon baharu yang lebih muda, Yuna tetap percaya kepada rezeki dan takdir Allah SWT.
Ads
“Saya memang agak risau. Malah, ada terdetik dalam hati yang saya ini tidak laku seperti dahulu. Bila kita sudah berkahwin dan punyai anak, selalunya orang tidak akan ambil kita sebagai heroin lagi.
“Malah, kehadiran pelakon baharu pula makin bertambah setiap tahun. Ramai di antara mereka yang lebih cantik dan berbakat.
“Tak mengapalah, apa sahaja watak yang diberikan, saya akan buat yang terbaik. Kualiti yang ada pada kita, tak sama dengan orang lain. Saya tetap berpijak di bumi yang nyata. Setiap orang ada kelebihan sendiri,” katanya lagi.
Yuna mendirikan rumah tangga dengan kru produksi Muhammad Nurakmal Ayub pada tahun 2023 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal Britain, Liz McClarnon, mengesahkan beliau kini sedang hamil anak sulung selepas melalui pengalaman sukar termasuk dua kali keguguran tahun lalu.
Ahli paling lama kumpulan pop terkenal, Atomic Kitten itu, menyatakan kehamilannya sebagai satu keajaiban selepas bertahun-tahun menjalani rawatan kesuburan menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).
Liz, 44, yang berkahwin dengan usahawan Peter Cho pada 2023, berkongsi tentang bagaimana mereka telah memulakan rawatan IVF sejak awal perhubungan sebelum perkahwinan lagi.
“Kami mengalami tiga kegagalan pemindahan embrio pada 2022, dan dua keguguran pada tahun ini. Saya pernah berasa cukup kecewa dan mahu menyerah, tetapi sokongan Peter yang tidak berbelah bahagi benar-benar membantu saya terus kuat,” katanya kepada akhbar Daily Mirror.
Menurut penyanyi lagu Whole Again itu, percutian hujung tahun lalu bersama keluarga banyak membantunya dari segi emosi.
“Saya mula benar-benar menghargai bahawa setiap kehamilan merupakan satu anugerah. Banyak faktor yang perlu berlaku dengan sempurna sebelum seseorang wanita boleh hamil dan melahirkan bayi yang sihat,” katanya.
Tambahnya, walaupun pada awalnya beliau enggan berkongsi berita itu kepada umum, namun melihat kesukaran yang dilalui pasangan lain dalam mendapatkan zuriat membuatkan beliau tampil berkongsi pengalaman.
“Saya tidak sangka orang ramai akan ambil berat. Tapi IVF adalah sesuatu yang dialami oleh lebih ramai orang daripada yang kita jangka,” katanya lagi.
Dalam satu hantaran di media sosial, beliau menulis, “Saya telah menyimpan satu rahsia besar daripada anda semua. Saya jarang muncul di media sosial kerana kadang-kadang terlalu sukar untuk tersenyum.”
“Tapi selepas bertahun-tahun menjalani rawatan IVF dan masa-masa yang kelam, saya kini hamil. Kami rasa seolah-olah telah dikurniakan dunia.”
Liz dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi, malah juga pernah muncul dalam siri realiti dan bergelar pengacara. Imbas kembali, kumpulan Atomic Kitten yang pernah mencetus fenomena awal 2000-an kini menjadi sebahagian daripada legasi muzik pop Britain.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali, akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya kepada umum.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Nabila yang mesra disapa Bella, turut memperkenalkan nama penuh bayi lelakinya itu yang kini berusia lima bulan.
“Baby M pun dah berumur 5 bulan, and now is the right time untuk Bella perkenalkan Baby Nik Muhammad Bin Nik Iruwan,” tulisnya.
Nama tersebut sekaligus menamatkan teka-teki peminat yang selama ini hanya mengenali si kecil itu sebagai “Baby M”.
Dalam hantaran sama, penyanyi lagu Pemarah Hati itu juga mengucapkan penghargaan kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan anak sulungnya itu.
“Terima kasih buat semua, selalu doakan baik-baik buat Baby M, moga yang indah sahaja buat kalian,” kongsinya lagi
Raya Korban di Kelantan & Jemputan ke Majlis Aqiqah
Berlangsung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Nabila turut berkongsi keterujaan apabila berpeluang menyambut hari raya bersama keluarga di kampung halaman suaminya, Kelantan.
Meraikan hari mulia, pasangan itu juga mengundang peminat dan kenalan untuk hadir ke Majlis Aqiqah Baby Myang bakal di sebuah lokasi di Kota Bharu, petang ini.
“Alhamdulillah, tahun ini Bella berkesempatan beraya di Kelate! Buat semua sek kito, jumpo jak lagi kat Majlis Aqiqah Baby M okay,” jeladnya.
Mengakhiri perkongsian, Nabila menitipkan ucapan penuh makna bersempena Hari Raya Aidiladha.
Malah Nabila juga ada mengingatkan semua tetamu yang akan hadir ke majlis agar menjaga SOP dan menikmati acara dengan penuh gembira.
“Semua yang hadir jangan lupa jaga sop, kita have fun datang makan-makan dan ambil gambar okay,” luahnya.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila berkongsi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, antara individu yang paling takut melihat proses bersalinnya.
Menerusi sepotong video tular berdurasi 46 saat yang dikongsikan di TikTok, penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu mendedahkan, walaupun suaminya tidak menghalang jika dia kembali hamil, namun Datuk K tetap trauma untuk melihat isterinya melalui proses kelahiran.
“Dia okay saya pregnant, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia,” katanya.
Malah Siti turut menambah, perasaan tersebut mula dialami Datuk K sejak kelahiran anak sulung mereka, Siti Aafiyah.
“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh dah saya tengok dekat sebelah saya.
“Berzikir, pasang ayat al-Quran, baca dekat telinga saya memang dia orang yang paling cuak. Dia dah fobia sangat.
“So, Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa bersalin sahaja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah sudah beri saya yang terbaik,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut pantas menjadi sorotan warganet yang rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata ini.
Perjalanan Penuh Pengorbanan
Terdahulu, Siti dalam satu temubual sebelum ini pernah berkongsi mengenai komplikasi serius yang dilalui sewaktu melahirkan Aafiyah.
Sebagai informasi, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Selepas lebih 10 tahun menanti, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Siti Aafiyah pada Jun 2017, dan anak kedua, Muhammad Afwa pada Ogos 2020.
Kedua-duanya melalui kaedah rawatan IVF (Persenyawaan In-Vitro).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.