Pelakon senior, Wan Maimunah tidak dapat menahan sebak apabila dirinya masih mempunyai penyokong daripada peminat yang tidak henti menyokong karier seni lakonannya.
Kongsi Wan Maimunah yang membahasakan dirinya sebagai ibu, dia berasa sangat terharu dengan sokongan yang sentiasa diberikan kepada dirinya.
“SubhanaAllah kalau ibu jangka, ibu tak rasa terharu macam ni. Akan tetapi memang sejak akhir-akhir kebelakangan ini ibu rasa Allah SWT dah beri pentunjuk kepada ibu.
“Ibu selalu berdoa pada Allah minta jangan ada timbul perasaan riak dalam diri ini. Apa pun Ibu tetap bersyukur pada Allah sebab dia lah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui.
Ads
“Bila Ibu masuk tadi Ibu rasa sebak sangat bila lihat masih ramai yang menyokong ibu sehingga ke hari ini,” katanya jujur.
Pada masa sama, Wan Maimunah turut mengakui turut terkesan apabila melakonkan watak Mak Wan menerusi filem terkini lakonannya, Frontliners.
“Insya-Allah apa naskhah yang diamanahkan, ibu cuba berikan yang terbaik dan ada yang memberi kesan kepada penonton, alhamdulillah.
Ads
“Filem ini akan menjadi kenangan untuk anak cucu akan datang sebab kalau dahulu para hero kita berjuang menentang pihak komunis kita boleh nampak.
“Tapi sekarang frontliners berjuang dengan musuh yang tak nampak, dia lebih ‘jahat dan kejam’ berbanding komunis.
“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya ibu melihat pengorbanan frontliners pada negara. Terima kasih buat semua,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Frontliners yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai barisan hadapan yang menangai wabak Covid -19 ini akan ditayangkan Oktober depan di saluran Astro First Eksklusif (480).
Selain Wan Maimunah, turut sama terlibat termasuk Azhan Rani, Beto Kushairi, Emma Maembong dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal pagi tadi, dunia digemparkan dengan berita dua letupan dahsyat yang berlaku di ibu kota Lubnan, Beirut dengan menyaksikan ada mangsa terbunuh dan cedera.
Trgedi tersebut nyata menyentak hati ramai pihak termasuklah golongan selebriti tempatan yang rata-ratanya memberikan respon terhadap apa yang berlaku, pada petang Selasa waktu tempatan itu.
Antara selebriti yang paling terkesan dengan perkhabaran ini adalah pelakon, Yatt Hamzah.
Menurut Yatt, kejadian ini amat mengejutkan baginya kerana dia pernah menjejakkan kaki ke bandar tersebut lima tahun yang lalu.
Malah pelakon tersebut turut mendoakan semoga rakyat Lubnan tabah dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.
“Allahuakbar. Terkejut sangat masa dapat berita ni kerana aku pernah ke negara ini 5 tahun lalu. Sebak melihat video2 letupan dasyhat tersebut kira-ki rajam 6 petang waktu Lebanon (11mlm td waktu Malaysia).
“Ayuh sama2 berdoa, Ya Allah lindungilah dan kuatkanlah Beirut, Lebanon dan rakyatnya.. Aameen.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Wallahi I am out of words for this country and it’s people.
PRAY FOR LEBANON,” kongsinya.
Dalam pada itu, pengacara dan penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC turut dilihat ada menitipkan doa buat para saudara kita yang kini terkesan dengan insiden tersebut.
“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Allahu Akbar! Beirut Lebanon antara tempat dilalui sebelum sampai ke bumi Syria.
“Allahu Akbar! Seakan tak percaya sekelip mata musnah segalanya. Mari kita panjatkan doa buat saudara kita,” katanya.
Sementara Aizat Amdan turut berharap kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita dapat membuat sesuatu tindakkan untuk membantu mereka yang terkesan di bumi Lubnan.
Katanya lagi, sekiranya tidak mampu, titipan doa juga sudah memadai.
“Hancur. Semoga Allah melindungi rakyat Lubnan dan seluruh mangsa yang terlibat.
“Jom sama sama kita panjatkan doa buat mereka di sana. Ya Allah jagalah mereka,” doanya.
Terdahulu, letupan tersebut dikatakan berlaku pada jam 6.00 petang waktu tempatan bersamaan 11.00 malam waktu Malaysia.
Menurut kenyataan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, Lubnan, bangunan yang menjadi punca kepada letupan dasyat tersebut dipercayai merupakan sebuah gudang untuk menyimpan ammonium nitrat.
Menerusi portal Tribunnews, ilmuwan menyifatkan ledakan yang dialami hampir sama kuatnya dengan ledakan 3 kiloton TNT.
Ledakan tersebut juga setara dengan seperlima ledakan bom atom yang pernah menggegarkan Hiroshima, Jepun, pada penghujung Perang Dunia Kedua.
Sumber: Instagram Selebriti Terlibat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Azar Azmi ada memberikan pandangan serta luahan susulan video seorang jemaah yang telah ditampar dan ditendang pada bahagian muka di dalam Masjid Felda Palong Tujuh, Jempol, sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu perkara sepatutnya berlaku, Azar turut bertegas mengenai kepentingan untuk menghormati insan yang lebih tua.
“Kalau setakat terkena SEJADAH kau nak mengamuk macam ni. Allahu tak kisah la apa level kau, tinggi mana pun darjat kau kalau kau tak reti nak hormat orang tua, kau yang patut kena kaki.
“Belum lagi berasak berpusu-pusu dekat mekah kena tolak tarik dengan berjuta manusia kat sana. Tak tahu pulak la macam mana dia punya mengamuk agaknya.
“Tuhan bagi otak untuk berfikir. Tuhan bagi tangan untuk membantu. Tuhan bagi kaki untuk memudahkan. Mohon fikir sejenak,” tulisnya lagi.
Lampiran video viral tersebut turut dikongsikan Azar pada posting di Instagram dan sudah mendapat lebih 80,000 tontonan.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif sebagai yang dipetik berkata, suspek berusia 60-an itu sudah dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Foto: Instagram Azar Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal bergandingan sebagai pengacara Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang dijadual berlangsung pada 26 September depan.