“Rasa Macam Nak…Pakai Tudung Balik. Kena Istiqamah Dulu, Nanti Kena Kecam,” – Uqasha Senrose Berkongsi, Peminat Doa Yang Baik-Baik

Share

Satu perkongsian video daripada pelakon cantik, Uqasha Senrose ketika menggayakan persalinan abaya lengkap berhijab mencuri perhatian peminat.

Ini kerana, menerusi video yang dikongsi di platform TikTok, kekasih hati kepada pelakon, Kamal Adli itu ada menyuarakan hasrat untuk mengenakan tudung namun perlu istiqamah dahulu.

“Qasha tak pernah kecewa dengan design-design yang dibuat. Macam as you can see walaupun ia jubah, di dalamnya boleh diikat. Fashionable juga. But at the same time, menutup aurat. Itu yang paling penting.

Rasa macam nak… pakai tudung balik. Kena istiqamah dulu, nanti kena kecam,” 

katanya ringkas.

Menerusi ruangan komen, para peminat turut meninggalkan reaksi pelbagai dan rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat kakak kepada pelakon Uqasha Senrose itu.

Sehingga kini, video berdurasi 48 saat itu mendapat hampir 400,000 tontonan bersama lebih 55,000 tanda suka.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen sebelum ini telah pun dirisik Kamal Adli menerusi satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, 4 April lalu.


Foto: TikTok, Instagram Uqasha Senrose.

IKLAN