Kegembiraan pelakon, Nazrief Nazri menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini nyata lebih bermakna selepas isterinya Aizatul Aqma dilaporkan telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 1.12 pagi, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Nazrief memaklum dia berasa amat bersyukur kerana segala urusan isterinya saat melahirkan bayi sulungnya itu telah pun dipermudahkan.

“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin secara normal pada pukul 1.12 pagi, hari Arafah (Isnin). Dia berada dalam dewan bersalin pun tak lama, kurang empat jam.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya saat melihat bayi kami dilahirkan. Tapi, memang rasa sangat luar biasa tak boleh nak ungkap. Macam tak percaya dah ada anak sendiri,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, Nazrief turut mengakui dirinya berasa amat teruja kerana diberikan kesempatan untuk berada disamping isterinya itu sepanjang proses melahirkan tersebut berlangsung memandangkan dia telah pun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

IKLAN

“Saya dapat teman isteri bersalin sebab sudah dapat suntikan vaksin serta jalani ujian calitan (Covid-19) dan keputusannya negatif. Saya tak gementar sangat tapi lebih kepada teruja.

“Syukur semuanya lancar. Saya melihat sendiri proses kelahiran itu dan memotong tali pusatnya. Saya juga sangat bersyukur bayi pun berada dalam keadaan sihat,” ulasnya lagi.

Ditanya mengenai soal pemilihan nama anaknya itu, bintang kelahiran Hero Remaja 2011/12 ini memaklumkan dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuannya terhadap tempoh berpantang isterinya terlebih dahulu.

IKLAN

“Untuk nama pula, nama panggilan sudah ada tapi nama penuh belum kami tetapkan lagi. Sekarang saya nak fokus kepada proses isteri kembali kuat dan berpantang dulu,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Nazrief dan Aizatul telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 15 November 2019.

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Rasa Luar Biasa, Tak Boleh Nak Ungkap,” – Aidiladha Paling Bermakna, Nazrief Nazri Sambut Kehadiran Anak Sulung

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI