Anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul Radhi Kamarudin berkongsi pencapaiannya sepanjang bergelar anak seni.

Menurutnya, dia pernah dua kali menyertai pertandingan Akademi Al-Quran (AQ) pada tahun 2006 dan 2008. 

Meski tewas pada tahun pertama, namun Fakhrul mencuba nasib dua tahun kemudian dan rezeki menyebelahinya apabila diumumkan juara dan membawa pulang RM30,000.

Disini bermula..tak pernah sangka nak masuk tv sbb kt sekolah pemalu yakmatt acah2 2006 firsttime masuk AQ1, balek awai kalah haha, 2008 rezeki termenang AQ3 tv9.

“Lepas dari tulah diberi peluang mengacara tv, kekok malu, rasa tebai muka, tersasul, lupa skrip dll, tp dr situlah segala pengalaman belajar,” kongsinya.

IKLAN

Rezeki bagaikan mencurah-curah apabila bapa kepada tiga orang anak itu mendapat tawaran sebagai pengacara TV. 

“Jelajah 1 Malaysia kuar masuk hutan dgn program gps iman tv3, lps tu jelajah cari ubat jmpa segala pengamal prubatan alternatif dlm remedi tv9, jelajah p negara2 luar unsung places tv3, first time blajar mengacara prog live dlm NLKO tv9, belajar handle prog live ragam kanak2 dlm qari jr tv3..belajar jd ustat dlm muqaddimah & bismillah tv3..yg tu je kot job masa muda dulu, la ni muda lagi xlaku dah,” tulisnya

Fakhrul,34, yang juga pernah menganggotai kumpulan UNI bersama Fad Bocey dan Atu dalam Muzikal Lawak Superstar turut berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana mengangkat namanya dalam industri dan memberi tunjuk ajar. 

Walaupun lawak tgk muka sndiri dlu hahaha, tp situlah mulanya..terima kasih buat semua sifu2 dlm industri penyiaran n rkn2 produksi yg bnyak sgt ajar. tak pernah sy lupa dlm doa 

“Prog mana korang mula kenal abam dulu? komen,” akhirinya.

View this post on Instagram

disini bermula..tak pernah sangka nak masuk tv sbb kt sekolah pemalu yakmatt acah2 😅 2006 firsttime masuk AQ1, balek awai kalah haha, 2008 rezeki termenang AQ3 tv9, . . lps dari tulah diberi peluang mengacara tv, kekok malu, rasa tebai muka, tersasul,lupa skrip dll, tp dr situlah segala pengalaman belajar.. . . jelajah 1 malaysia kuar masuk hutan dgn program gps iman tv3, lps tu jelajah cari ubat jmpa segala pengamal prubatan alternatif dlm remedi tv9, jelajah p negara2 luar unsung places tv3, first time blajar mengacara prog live dlm NLKO tv9, belajar handle prog live ragam kanak2 dlm qari jr tv3..belajar jd ustat dlm kalamullah , muqaddimah & bismillah tv3..yg tu je kot job masa muda dulu, la ni muda lagi xlaku dah 🤣 . . . walaupun lawak tgk muka sndiri dlu hahaha, tp situlah mulanya..terima kasih buat semua sifu2 dlm industri penyiaran n rkn2 produksi yg bnyak sgt ajar. tak pernah sy lupa dlm doa 🤲🏻 , xpernah sy rasa hebat pun, sampai skrg masih bnyak kena belajar..selamat ulang tahun 36 @tv3malaysia @tv9malaysia . . . terima kasih ats sokongan n doa semua. prog mana korang mula kenal abam dulu? komen 👇 . . #36tahuntv3

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on

Menerusi foto yang dikongsikan, ia merupakan antara momen apabila muncul di kaca TV.

Untuk makluman, Fakhrul pernah merangkul gelaran johan Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2019.

 Foto : Instagram Fakhrul UNIC