“Rasa Hilang Terus Penat Tadi, Alhamdulillah,” – Fattah Amin Beri Jambangan Bunga & Kad Istimewa, Fazura Syukur Dihargai

Share

Sebagai tanda menghargai isteri tercinta bersempena sambutan Hari Ibu, aktor, Fattah Amin menghadiahkan sejambak bunga serta kad ucapan buat suri hatinya, Nur Fazura.

Menerusi nukilan di dalam kad ucapan tersebut, Fattah menzahirkan penghargaannya buat Fazura kerana telah menjadi isteri serta ibu yang baik buat keluarga kecilnya selama ini.

Malah, pelakon drama, Khilaf Asmara ini turut menitipkan doa semoga isterinya itu akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

“Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima.

“Terima kasih mommy selalu jaga saya dan Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindungan-Nya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.

“Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura akui segala penat lelahnya seakan hilang saat menerima pemberian istimewa itu.

Jelas Fazura, dia amat terharu dengan penghargaan yang telah ditunjukkan oleh suaminya itu.

“Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (jambangan bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby.

“Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah, masyaAllah Tabarakallah,” tulisnya.

Rasa terharu itu dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi entri terkini di Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh menlihat video tersebut selain turut mendoakan semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke jannah.

“Sweetnya Dada Fatima. As always.

“So sweet Daddy Fatima. Semoga kekal bahagia hingga ke jannag buat Fattah dan Fazura.

“Daddy Fatima tak pernah mengecewakan. Selamat Hari Ibu Mommy.

“Sangat beruntung Fazura  dikurniakan suami seperti Fattah. Suka betul tengok pasangan ni.

“Syukur bila ada suami yang menghargai ister terbaik seperti Fattah ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini baru berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura

IKLAN