Pengacara Jimmy Shanley menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khidmat sosial yang dilakukan dengan menderma darah.
Menerusi rakaman berdurasi 28 saat yang dikongsi, walaupun Jimmy kelihatan gementar saat dicucuk jarum, namun dia tetap tabahkan diri kerana jelasnya Pusat Darah Negara kekurangan bekalan darah.
“Rasa bersalah sesangat lambat sebulan menderma darah sebab PKP baru ni.
Ads
“Walaupun saya “elergi” jarum tapi demi mereka yang memerlukan ku tabahkan diri ada kelapangan marilah menderma darah di @pusatdarahnegara kerana bekalan darah tidak mencukupi.
“Hari ni kita memberi, esok lusa mungkin kita yang menerima,” kongsinya.
Menurut laporan, bekalan darah semakin berkurangan sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan penurunan ketara sehingga 40 peratus berbanding bulan Mac 2020.
Ads
Stok darah pada 11 April pula menunjukkan kumpulan darah O berada dalam keadaan yang sangat rendah dan amat diperlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa.
Foto : Instagram Jimmy Shanley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, program dokumentari, Jejak Rasul merupakan antara rancangan televison popular yang sering dinanti-nantikan penonton setiap kali menjelangnya Ramadhan.
Selain menyingkap sejarah para nabi, program ini turut membawa penonton melihat perkembangan serta susur galur Islam dari dulu hingga kini.
Bagaimanapun, bagi hosnya, Fedtri Yahya mendedahkan program tersebut pernah juga menerima kritikan daripada segelintir ‘golongan agamawan’ meskipun sudah 26 tahun bersiaran.
Menurut Fetri lagi, program yang mengetengahkan tempat-tempat bersejarah Islam itu turut pernah dilabel ‘sesat’ dalam satu khutbah Jumaat.
Tahukah anda, program Jejak Rasul sejak diperkenalkan 26 tahun lalu, sering dikritik oleh segelintir golongan “agamawan”. Dikatakan sebagai sesat dlm satu khutbah Jumaat😂 Sekarang pun ada. Masalahnya, depa tak tengok pun. Main tgk tajuk atau dgr2 mcm tu je 🤡
“Tahukah anda, program Jejak Rasul sejak diperkenalkan 26 tahun lalu, sering dikritik oleh segelintir golongan “agamawan”.
“Dikatakan sebagai sesat dlm satu khutbah Jumaat.
“Sekarang pun ada,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fedtri menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.
Tambah Fedtri lagi, kebanyakan pengkritik hanya menilai menerusi tajuk dan tanpa menonton episod penuh.
“Masalahnya, depa tak tengok pun.
“Main tengok-tengok tajuk atau dengar-dengar macam tu je,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat program Jejak Rasul mempunyai keistimewaannya tersendiri yang menyebabkan mereka mampu bertahan sehingga kini.
Program Jejak Rasul bersiaran tiga kali seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 6.30 sehingga 7.00 petang di TV3.
Sumber: Twitter Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ramadan ini, TV3 meneruskan kolaborasi dengan penyanyi, Faizal Tahir dan Faithmen atau lebih dikenali dengan gelaran #iamFaithmen yang telah menerima pengiktirafan dengan Anugerah Sukarela Terbaik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan aktiviti membantu secara atas talian.
Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia bukan saja berhadapan dengan kekangan kewangan, malah mereka juga mengalami tekanan emosi untuk meneruskan kelangsungan hidup terutamanya golongan yang kurang upaya.
Tidak lupa juga kepada para sukarelawan yang tidak putus asa untuk terus membantu mereka yang lebih memerlukan.
Selain bantuan secara fizikal yang berbentuk barangan keperluan, TV3 dan #iamFaithmen juga memberi sokongan moral dan menyuntik semangat positif menerusi panggilan video oleh Faizal Tahir untuk melihat, mendengar dan menyelami perasaan serta emosi mereka.
Faizal Tahir berkongsi pengalaman TV3 dan #iamFaithmen melakukan kerja-kerja amal di tempoh PKP.
“Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan PKP, ia bukan penghalang bagi kami untuk terus memberikan bantuan. Kami bersyukur kerana masih ada orang yang dapat membantu kita dari segi penghantaran barang-barang.
“Usaha ini juga dapat dilakukan dengan teknologi yang ada, tanpa teknologi, mungkin kita akan rasa susah,” katanya.
Faizal pada masa sama turut mengakui, bukan mudah untuk memahami golongan ini dari segi emosi.
“Semua orang boleh bagi bantuan, tapi siapa yang dapat memahami kesunyian. Dari segi emosi, tidak semua orang boleh bantu kerana bukan semua orang boleh berhadapan dengan tekanan PKP yang dialami oleh individu tersebut.
“Mungkin juga ada orang yang berpendapat, kita perlu hadir secara fizikal untuk memberi bantuan. Bagi saya, ia tidak perlu.
“Saya pilih untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari jalan penyelesaian dalam membantu mereka yang memerlukan.
“Jadi, kami meneruskan inisiatif ini secara atas talian di tempoh PKP, ” jelas Faizal Tahir lagi.
Selain itu, TV3 dan #iamFaithmen juga telah membantu ibu-ibu Chow Kit dengan membelikan barangan dapur untuk mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 orang.
Sebanyak 60 keluarga di Buku Jalanan Chow Kit juga diberikan barangan keperluan asas untuk menampung kehidupan mereka.
Tidak lupa juga kepada petugas barisan hadapan, kami akan berkongsi kisah seorang penghantar foodpanda dan penyelia stesen minyak Petronas yang komited menjalankan tugas mereka sepanjang tempoh PKP.
Selain itu, mereka juga akan cuba berusaha meringankan beban petugas barisan hadapan dengan membantu ahli keluarga mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Sebanyak 4 klip video dihasilkan untuk memaparkan inisiatif amal TV3 bersama dengan #iamFaithmen.
Video-video tersebut telah disiarkan di laman media sosial Facebook dan IGTV di akaun rasmi TV3 dan video terakhir yang akan disiarkan hari ini.
Pelakon jelita, Datin Sri Maria Farida ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Maria telah berkongsi cerita tentang suaminya yang berasa seronok menjalani kuanritin di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara bermula 18 Mac yang lalu.
Menurut Maria, suaminya memaklumkan ia secara tak langsung dapat menjimatkan wang perbelanjaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.
Malah, pelakon berusia 50 tahun itu turut sempat bergurau manja bersama menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan.
“Hubby: “You know what the best part about being in quarantine is? We don’t go out and spend money”
“Me: (clicks ADD TO CART) “That’s nice sayang,” tulisnya.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.