Ranking #1 Siri Netflix Di Amerika Ketika Ini, Squid Game Pecahkan Rekod Sweet Home

Share

Wow! Siri Original Netflix ‘Squid Game’ kini menjadi drama Korea pertama yang menduduki tangga teratas dalam carta kedudukan Netflix di Amerika Syarikat.

Menurut Allkpop, pada 21 September, ‘Squid Game’ telah menduduki tangga pertama dalam carta ‘Top 10 in the U.S. Today’.

Sementara siri ‘Sex Education’ pula  kedua diduduki oleh siri ‘Sex Education’ dan ketiga diduduki ‘Clickbait’.

Terdahulu, rekod tertinggi telah dipegang siri Netflix Korea sebelumnya, ‘Sweet Home’, yang menduduki tempat ketiga di Amerika Syarikat pada ketika itu.

‘Squid Game’ mengisahkan mengenai pelbagai permainan survival misteri yang menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak 45.6 bilion won kepada pemenang.

Namun, para pemain perlu mempertaruhkan nyawa mereka dengan bermain secara bermati-matian dalam permainan tersebut semata-mata untuk menjadi pemenang utama.

Pengarah Hwang Dong Hyuk, yang terkenal dengan filem hitnya ‘The Crucible (Silenced)’ dan filem komedi ‘Miss Granny’, telah mengalas tanggungjawab dalam projek ini.

Pelakon Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Oh Young Soo, Wi Ha Joon, Jung Ho Yeon, Ha Sung Tae, Lee Yoo Mi, dan banyak lagi antara selebriti Korea yang terlibat dalam siri yang kini turut mencipta fenomena termasuk di Malaysia.

Sumber : Allkpop

IKLAN