“Rambut I Merah, Hati I Tak Hitam Macam…,” – Ditempelak Tak Tahu Malu & Macam ‘Bapok’ Berjaya, Ini Jawab Beby Maembong!

Share

Instafamous dan usahawan yang sinonim digelar Mermaid Malaysia, Beby Maembong mendedahkan beberapa paparan mengenai kecaman yang diterima netizen gara-gara menganjurkan senaman tarian yang dipanggil BebyDollz Salsation

Program yang turut disertai peserta kebanyakan wanita dan beberapa orang lelaki itu difahamkan telah dianjurkan kakak kepada pelakon sensasi, Emma Maembong tiga hari lalu.

Menerusi perkongsiannya Instagram milik Beby, rata-ratanya bertindak mengecam bintang viral itu termasuk mengaitkan kisah adiknya yang menggemparkan industri hiburan, baru-baru ini.

Tetap optimis meski menerima kritikan, pemilik nama lengkap Nurulaini Ismail yang merupakan usahawan bengkung jenama Slimdoolz serta minuman minuman diet Bebydollz Chocolate Slim ini menjelaskan, meski rambutnya diwarnakan dengan waran merah, namun hatinya tak ‘hitam’ seperti sesentengah orang.

“[NITIZEN OVER] Adoi…. Baru nak senyum sepanjang hari byk dpt komen positif & yg baik2 pasal aktiviti BebyDollz Salsation. Tetiber malam ni bukak DM ramai pulak yg carut. Cari salah.. Apa masalah korang nie eeh?

“Rambut i merah hati i tak hitam mcm kaki bawang mcm u! Kalau lelaki pakai bengkung means dia org pondan ke? Hello org Malaysia jgn narrow minded sgt boleh tak? Mcm manalah nak jadi negara bebas obesiti dan diabetes nie, kalau benda baik kita buat tetap nampak x elok!,” tegasnya.

Pada masa sama, dia turut mempersoalkan golongan lelaki yang mengecam lelaki lain yang mengenakan bengkung yang diibaratkan sebagai bapok (pondan).

“Abg abg yg kecam ckp pakai bengkung jadi mcm bapok tu, dah terasa sado sgt ke dgn perut besar mcm bela cacing tu?

“Laki bini kt rumah sorg mcm bibik sorg mcm clown.. Mcm mana rumahtangga nak happy?. Bila kita ikhlas nak ajar jaga kesihatan badan bg alasan… Sbb nak sedapkan diri sendiri la tu,” tulisnya panjang lebar.

Sebelum tular mengenai isu tersebut, Beby sebelum ini turut menjadi buah mulut ramai apabila pernah menggayakan kostum duyung saat penggambaran selain memiliki pinggang bersaiz 23 inci meski bergelar ibu kepada empat cahaya mata.

Foto: Instagram Beby Maembong

IKLAN