Penyanyi Malaysia yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna telah dipilih sebagai wajah rasmi IOUpay (ASX:IOU), iaitu sebuah syarikat fintech dan kewangan digital.

myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later)sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.

Bercakap mengenai kerjasama ini, Yuna mendedahkan dia memilih untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal meski membina kerjaya di luar negara.

“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi.

“Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.

“Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang.

IKLAN

“Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.

“Dengan adanya perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/ BNPL) yang ditawarkan myIOU, pasti dapat membantu bukan sahaja para peniaga malah para pelanggan juga.

Saya bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik seberapa ramai orang di luar sana untuk mengambil peluang ini,” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Ditanya mengenai sejauh mana harapannya terhadap kerjasama ini, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Terukir Di Bintang ini berharap agar kemudahan yang diterapkan myIOU dimanfaatkan dengan baik.

“Saya mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU.

IKLAN

“Ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan-usahawan untuk terus berkembang dalam menjana pendapat semasa dan selepas musim pandemik ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yuna kini dalam proses menyiapkan album terbarunya yang akan dilancarkan hujung tahun ini.

“Saya akan kembali ke Los Angeles dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, ia akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

“Saya juga akan cuba untuk berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI