“Ramai Yang Suka, Tepuk Tangan Kalau Saya Jatuh,” – Walau Isteri Di Wad, Aliff Syukri Kuatkan Hati Ke Pejabat

Share

Berita pendarahan yang dialami isteri yang kini sedang hamil anak kembar cukup menggusarkan hati.

Namun, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan, walau apa pun yang berlaku, dia harus meneruskan tugas di pejabat.

Ulasnya lagi, tanggungjawab yang dipikul cukup besar dan sebab itu dia harus kuatkan semangat walaupun isteri sedang menanggung kesakitan di hospital.

“Sy kena kuat. sekali sekala sy nk jugak dtg keje segak, kemas mcm ni. sy ni serius orgnya, pasal keje mmg saya sgt cerewet dan sy nk semuanya cepat.

“Sbb tu kalau saya masuk ofis je, tggjawab sy sgt besar. walaupun isteri sy masih sakit kat wad tu sy kena kuat sbb x ada org blh tolong saya.

“Yelah dh bjaya ni ramai yg suka tepuk tangan kalau sy jatuh so sy kuatkan semangat, hari2 sy bangun tidur je sy ckp nk berjaya kena berjaya. sbb tu hari2 wajib saya masuk ofis sbb sy nk make sure team sy boleh menjadikan impian sy satu kenyataan,

” tulisnya.

Memuji komitmen usahawan ini kepada kerjaya, ada netizen yang bukan mudah membangunkan empayar dan mengekalkan momentum.

Semoga Aliff Syukri dan keluarga diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang menimpa.

Foto : Instagram Aliff Syukri

IKLAN