Semalam, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof mencuri tumpuan warganet selepas berkongsi sepotong video yang memaparkan dirinya sedang menunjukkan skill bermain roller skate.
Video tersebut telah dikongsikan di aplikasi Tik Tok miliknya.
Menurut Eizlan, dia sebenarnya sudah lebih tiga dekad meninggalkan aktiviti tersebut namun, kebolehannya lagi dilihat belum ‘berkarat’.
“Saya kembali selepas 31 tahun. 1991 hingga 2022. Bolehlah sikit-sikit daripada takde.
“Lepas tu sapu minyak panas satu badan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Meluncur laju serta berpusing ala penari baler, skil-skil yang ditunjukkan oleh pelakon drama Gerak Khas Undercover musim ke-2 ini sememangnya menyerupai atlet professional dan langsung tidak menampakkan tanda-tanda kekok.
Malah, ribuan komen netizen juga turut telah membanjiri posting tersebut.
Rata-rata netizen terpegun dan tidak menyangka Eizlan memiliki kebolehan bermain roller skate.
Ads
“Abang Eizlan Yusof dah macam atlet pro.
“Dasyat Datuk kita ni.
“Wah, hebat Datuk! Tak sangka pandai main roller skate.
Ads
“Cayalah Datuk. Hebat. Terus rasa muda.
“Pro betul. Kalau saya main biasa-biasa pun dah jatuh banyak kali. Datuk dah macam ice skating gayanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh pelakon berusia 51 tahun itu telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan tidi Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eizlan Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang popular namanya di corong radio, Najib Asaddok pernah digelar ‘bisnes air liur’. Bunyinya mungkin agak sinis, namun itulah realitinya apabila dia akhirnya berjaya membina empayar perniagaan dengan memberi perkhidmatan latihan secara dalam talian kepada golongan peniaga.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok baru-baru ini yang sedang membuat sesi ‘live’ dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu; ‘apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’
Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata.
Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan. Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ikmal Amry akui kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang gemar melakukan video prank yang tidak bermanfaat hanya semata-mata demi mengejar trend.
Sebagai contoh, ada diantara mereka yang sanggup mengurung anak-anak di dalam sebuah bilik kemudian memasang audio bersuara pontianak.
Menurut Ikmal, trend tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang lucu sebaliknya boleh mendatangkan trauma di minda kanak-kanak.
“Sekarang ini ada satu trend di Tik Tok dimana orang mengurung anak mereka lepas tu buka sound pontianak. Saya rasa perkara tu tak kelakar.
“Mental budak-budak ni sangat sensitif. Bila korang buat macam tu, mungkin mereka boleh trauma atau takut dengan perkara-perkara sebegitu,” katanya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, sekiranya mahu mengejar perhatian sekalipun, banyak lagi konten-konten menarik dan bermanfaat yang boleh dibuat para ibu bapa.
“Sebenarnya banyak lagi perkara yang korang boleh main dengan anak-anak korang selain daripada perkara sebegitu.
“Banyak je lagi cara lain nak dapatkan jumlah viewers seperti yang korang mahukan daripada buat benda bodoh macam ni,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, pelakon kelahiran program Hero Remaja 2017 itu berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan pada masa akan datang.
“Berubahlah…tukarlah buat benda lain. Hentikanlah kejar perkara-perkara trending yang macam ni. Lagi-lagi pasal mental anak. Tak kelakar pun benda ni,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ikmal telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihan hati, Najla Shamsul pada tanggal 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cailie yang lahir pada 30 Disember 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keputusan mahkamah pada Selasa lalu telah menolak rayuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mula menjalani hukuman penjara pada Rabu, Najib juga didenda sebanyak RM210 juta di atas kesalahan tersebut.
Pelbagai reaksi yang diberikan rakyat Malaysia berhubung isu tersebut dan antara yang menarik perhatian sudah tentunya status yang dimuat naik anak tiri Najib iaitu Datin Azrene Ahmad yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azrene berkata dia seorang yang percaya kepada sistem perundangan negara selain berpegang teguh kepada prinsip, seorang pemimpin perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti dan amanah.
“Saya tidak akan bercakap banyak. Sebagai seorang yang percaya kepada sistem perundangan, saya berpegang teguh dengan prinsip jika anda sebagai seorang pemimpin, anda memegang satu amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.
“Ia adalah satu beban yang berat untuk dipikul, disertai dengan penuh bermaruah, berintegriti dan perlu dihormati sepanjang masa.
“Bila anda dah melanggar tanggungjawab dan amanah yang diberikan, ia sudah terlambat.
“Anda mungkin kata anda tidak bersalah namun jika bukti sudah jelas dan nyata, anda harus terima akibatnya,” tulis Azrene.
Dalam perkongsian yang sama, Azrene turut menzahirkan perasaan bangga dengan keputusan yang dibuat panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
“Saya bangga dengan panel lima hakim diketuai Yang Arif, Tengku Maimun.
“Mereka menjalankan tugas dengan menilai segala bukti-bukti yang dibentangkan kepada mereka. Keputusan yang diberikan mereka bersama adalah sangat tepat.
“Saya bangga mereka tidak membenarkan mahkamah menjadi suatu tempat boneka dan integriti sistem perundangan serta kehakiman negara masih lagi terlindung dan terpelihara daripada anasir sebegitu,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Azrene mendirikan rumah tangga dengan Fazley pada 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.
Foto: Instagram Datin Azrene Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.