Ramai Tanya Mana Gambar Suami, Akhirnya Foto Kahwin Raja Ilya Dan Ketua Keluarganya Didedahkan. Mana Ada Propa?

Share

Memang kacak! Itulah yang boleh digambar buat suami kepada pelakon cantik, Raja Ilya yang akhirnya sekeping foto pasangan ini dikongsi pereka fesyen terkenal, Raffiey Nasir menerusi Instagram miliknya, awal malam tadi.

Pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu mengenakan baju indah sarat perincian rekaan pereka itu pada hari bergelar raja sehari.

“Close Wedding reception. A big congratulations to @rajailya & Trent!

“New life chapter begins! All the best! Cant wait to see ur junior!

“I’m soooo looking forward to ur main wedding recep! Dress by @raffieynasir @raffieynasirofficial,” tulisnya sambil turut menanda akaun juri solek merangkap stailist, Ezad Ibrahim.

Raffiey sebelum ini pernah memuat baik foto momen istimewa Raja Ilya saat persiapan bergelar isteri.

Sementara itu, Ilya dan pasangannya yang bergelar usahawan dan bekas model dikenali sebagai TWG melangsungkan majlis perkahwinan di Perth, Australia 23 Disember lalu.

Diraikan dalam majlis tertutup dan hanya dihadiri teman dan keluarga, bintang berkenaan turut memuat naik sepotong video, berkongsi mengenai hari bersejarahnya itu menerusi Instagram.

Pasangan yang telah mengikat tali pertunangan sekitar Oktober, sudah pun berkenalan sejak tujuh tahun lalu, saat Ilya bergelar pramugari.

Foto: Instagram Raffiey Nasir, Raja Ilya

IKLAN