“Ramai Silap Wish Ni,” – Keliru Ingatkan Hari Jadi Puteri Tunggal, Mawar Karim Respon ‘Nampak Gaya Maryam Mengatasi Segalanya!’

Share

Usahawan tudung, Mawar Karim baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada 5 Jun lalu.

Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu tunggal beranak satu ini turut berkongsi foto serta video pendek sekitar sambutan hari jadi yang disambutnya secara sederhana bersama puteri tunggalnya, Wan Maryam.

“Thank you all for the Birthday Wishes. I am so touched Abd thankful to be blessed by such awesome famili,friends,& u guys.

“Sejak ada Maryam ni rasa tak pernah celebrate birthday sendiri dh. Rasa tua dh,” tulisnya pada satu entri terkini di Instagram.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, ada juga rakan artis dan peminat yang keliru mengenai keraian berkenaan kerana menyangka ia merupakan sambutan hari jadi Maryam.

Mawar secara seloroh ada meninggalkan reaksi, menyatakan ia sebenarnya merupakan sambutan hari hari lahirnya.

Terdahulu, Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fizo Omar pada November 2013.

Namun, pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata ini mengambil keputusan untuk berpisah, seterusnya membawa haluan masing-masing pada Julai 2020.

IKLAN