Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Era, dan Shiera, 51, akan berganding dengan Haziq Hussni dan Namie dalam segmen pagi stesen berkenaan.
Mereka bertiga akan menggantikan tempat penyampai segmen 3 Pagi Era, iaitu Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jazmin, yang kini direhatkan buat sementara waktu.
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di Starvendors Mega Raya Fest 2025, lewat malam tadi.
Menurut suaminya, yang juga pengurus Ifa iaitu Mohd Yani Abdul Rahman, kejadian dipercayai berpunca daripada keletihan melampau sehingga menyebabkan tekanan darahnya meningkat.
“Sebelum insiden itu, Ifa yang sepatutnya ditemu bual pihak media turut alami muntah. Dia kemudiannya pengsan dan tidak sedarkan diri.
“Ifa kini berada di wad bagi tujuan pemantauan lanjut. Buat masa ini, kami akan ikut nasihat doktor dan fokus pada pemulihannya dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yani turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan isterinya.
“Terima kasih kepada semua yang prihatin, memberikan kata semangat dan doa kesembuhan buat Ifa.
“Semoga yang baik-baik juga akan berbalik kepada anda, insya-Allah,” katanya lagi.
Sebelum kejadian, Ifa yang juga Pengasas & Pengarah Urusan Starvendors dikatakan terlalu sibuk mengendalikan festival tersebut sepanjang hari tanpa rehat yang mencukupi.
Starvendors Mega Raya Fest 2025 telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pada Sabtu.
Festival yang berlangsung di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi itu berjalan selama 80 jam tanpa henti, bermula Khamis lalu dan dijangka berakhir pada Isnin.
Selain Fahmi, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib turut hadir pada acara perasmian tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi dan Pengasas Che Ani Premium Sdn. Bhd., Noraniza Idris, kini mampu menarik nafas lega selepas melalui detik sukar akibat didakwa telah dianiaya oleh sebuah akademi latihan keusahawanan, sebelum ini.
Selepas hampir menutup kilangnya, Noraniza yang mesra disapa Kak Ani terharu apabila mendapat rezeki dari pasar raya Mydin yang sudi menawarkan peluang untuk menjual produknya.
“Saya kesyukuran yang amat sangat. Selepas hampir jatuh terduduk dan tak tahu masa depan perniagaan ini, hampir-hampir nak tutup kilang. Tiba-tiba produk saya ditawarkan untuk dijual di Mydin.
“Saya anggap peluang ini sebagai rezeki yang cukup luar biasa dan satu transformasi baharu dalam perjalanan perniagaan ini.
“Tahun pertama ia penuh dengan cabaran dan dugaan. Bila masuk tahun yang kedua ini, dia ada manisnya,” katanya berterima kasih.
Penyanyi lagu Dikir Puteri ini juga menambah, ketika menerima tawaran tersebut, dia sekeluarga melakukan sujud syukur selain menangis atas rezeki besar yang hadir.
Dalam pada itu, bagi memenuhi permintaan Mydin, Noraniza kini perlu menambah 32 pekerja dan mengubah operasi kilangnya kepada 24 jam bagi menyiapkan tempahan.
“Apabila mereka bersetuju dengan kerjasama ini, saya bersyukur namun terkejut dengan tempahan yang mereka mahukan.
“Ini kerana, ketika itu staf saya hanya tinggal empat orang saja. Jadi saya perlu menambah lagi kepada 32 orang,”katanya lagi.
Noraniza berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Sesi Iftar Che Ani Premium Sdn. Bhd. Bersama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), di Crown Crystal Hotel, Petaling Jaya, pada Isnin.
Ia sebagai tanda terima kasih atas sokongan berterusan Mydin dalam membantu syarikat mengembangkan perniagaan.
“Kejadian tersebut benar-benar melemahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam industri ini. Namun berkat bulan Ramadan, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
”Bantuan yang diberikan oleh Mydin bukan sahaja membantu saya, tetapi juga pekerja yang bergantung kepada perniagaan kecil kami untuk mencari rezeki,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, menyatakan komitmen pihaknya dalam menyokong lebih banyak produk tempatan agar berkembang di rangkaian pasar raya tersebut.
“Kami melihat produk murukku yang dihasilkan oleh Che Ani Premium menepati piawaian pemasaran Mydin. Justeru itu, kami tampil untuk membantu mengedarkan produk ini ke pasaran yang lebih luas,” katanya.
Sebelum ini, perniagaan yang diusahakan Noraniza berdepan ujian apabila dia mendakwa menjadi mangsa penganiayaan sebuah akademi latihan keusahawanan.
Akibatnya, dia dan syarikatnya terpaksa menanggung kerugian serta merehatkan 20 pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
Bagaimanapun, dengan peluang baharu yang diterima, Noraniza melihat ia sebagai sinar harapan untuk bangkit semula dalam dunia perniagaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kejayaan lagu Raya Pum Pang yang kini telah meraih lebih 1 juta tontonan di YouTube, penyanyi Syasya Rizal menerima setiap kritikan netizen dengan hati yang terbuka.
Menurut Syasya, dia tidak melihat komen negatif sebagai sesuatu yang menjatuhkan, sebaliknya menganggapnya sebagai ruang untuk memperbaiki diri pada masa hadapan.
“Bagi saya, saya lebih tumpukan pada komen-komen positif. Namun, sudah tentu saya ada terbaca juga komen-komen negatif.
“Biasanya, komen-komen negatif ini saya ambil untuk perbaiki diri saya. Apa yang mereka kata mungkin ada betulnya juga.
“Mungkin suara saya tidak sama seperti dahulu. Selepas bersalin, banyak perubahan yang saya alami secara fizikal.
“Lagipun, ketika ini saya masih menjalani kelas-kelas vokal,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Universal Music Malaysia, baru-baru ini.
Walaupun kini bergerak solo, Syasya tidak menolak kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan Dolla sekiranya ada projek yang sesuai.
“Mengenai perkara itu, kita bukanlah industri K-Pop. Syarat-syarat kita tidak terlalu ketat. Kalau ada rezeki, insya-Allah. Industri muzik kita pun sangat kecil. Pada masa akan datang, kita akan terjumpa juga.
“Lagipun, kami masih berkawan dan berhubung antara satu sama lain. Mereka pun dengar lagu raya saya dan saling ucap tahniah untuk kejayaan masing-masing.
“Kalau ada rezeki, mungkin boleh ubah sedikit konsep kolaborasi itu agar bersesuaian dengan imej saya.
“Kami masih di bawah syarikat rakaman yang sama. Jadi, saya terbuka sahaja. Mereka masih kakak-kakak saya,” katanya lagi.
Syasya juga menegaskan hubungan baiknya dengan ahli Dolla tetap terjalin meskipun dia kini memilih haluan berbeza.
Sebagai seorang isteri dan ibu, Syasya juga bersyukur kerana suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie, sentiasa memberi sokongan penuh terhadap minatnya dalam dunia seni.
“Alhamdulillah, saya mendapat lampu hijau daripada suami. Dia juga sangat supportive dan dia tahu ini minat saya. Lagu raya ini hanyalah hadiah kecil sahaja daripada saya untuk para pendengar dan peminat.
“Saya ada terbaca komen, ramai rindu nak dengar saya menyanyi semula. Seperti saya katakan dahulu, saya tak pernah letak titik noktah dalam kerjaya sebagai penyanyi.
“Kalau ada rezeki untuk saya bergerak sebagai penyanyi solo dan lagunya sesuai dengan karakter saya, saya akan terima. Buat masa sekarang belum ada perancangan tetap,” ujarnya.
Terdahulu, Syasya membuat keputusan meninggalkan Dolla atas sebab peribadi pada April tahun lalu.
Dia kemudian mengumumkan perkahwinannya dengan Nasrullah pada 20 April 2023 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Yassir Hayyan, pada 23 Disember 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.