“Ramai Orang Prihatin Dengan Berat Badan Saya,” – Kenapa Cekung, Nampak Kurus, Mimi Lana Perjelas Punca Sebenar

Share

Langsing, tinggi lampai dan jelita. Itu yang boleh digambarkan apabila sebut sahaja nama pelakon, Mimi Lana.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami pelakon Bukan Cinta Aku kerana dianggap kian kurus sejak akhir-akhir ini.

Malah menerusi IG TV Media Hiburan saat temu bual bersamannya dirakamkan, ada peminat yang turut bertanya soalan sama.

Bagaimanapun, Mimi memberi penjelasan terhadap perubahnnya itu, menerusi Instagram.

“Ya! Saya kehilangan 6kg untuk menjayakan satu watak dalam #filempusaka baru-baru ini. 

“Ramai orang prihatin dengan berat badan saya sekarang ini. Tapi jangan risau, saya akan mendapat berat badan yang seimbang untuk watak akan datang. 

“Tak sabar nak pergi gim lagi!,” jelas Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin.

Sementara itu, ramai yang telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian bekas peserta pencarian Dewi Remaja 2014/15 itu.

Difahamkan, filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid membariskan pelakon seperti Mimi Lana, kekasihnya Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Foto : Instagram Mimi Lana/ Carian Google

IKLAN