Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud memuji mutu lakonan yang telah ditampilkan oleh para pelakon tambahan drama Ayahanda yang disifatkan semakin mendapat perhatian di kalangan penonton.
Jelas Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, kesemua individu ini telah pun menghidupkan watak mereka sebaiknya dan secara tidak langsung telah memberikan sokongan yang baik buat para pelakon utama.
Katanya lagi, konflik yang dicetuskan oleh mereka ini turut telah berjaya menimbulkan rasa amarah di kalangan para penonton.
“Hero-hero kampung yang tak didendang dalam “AYAHANDA”. Mereka ni la yang mencetuskan konflik dalam drama ni.
“Pelakon pembantu pun main
peranan penting untuk membantu
pelakon utama. Menjadi sungguh lakonan mereka sampai ramai yang nak
pukul diaorang ni,” tulisnya.
Pujian tersebut dikongsikan oleh Ogy yang membawa watak Noriah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Ogy turut memaklumkan, kesemua mereka ini wajar diberikan pujian kerana telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam menerusi kualiti lakonan yang mantap di dalam drama tersebut.
“Tahniah dan tepukan gemuruh. Chem Amar @chem_amar (Mat Rejab) dia hero filem “Chowrasta”. Hafeezul Yob (Mat Chin) dia ni penulis skrip @hafeezuwhy dan Mohd Azril Zainol (Roslan)
@hasbaen ni anak murid saya. Kamu bertiga berjaya meninggalkan impak dalam “AYAHANDA” bravo,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selaik turut memuji perana yang telah dimainkan oleh seluru tenaga kerja drama Ayahanda ini.
“Rasa nak cili mulut masing-masing. Hehe. Good job guys.
Ads
“Pergi sembahyang tapi kuat mengutuk depa ni.
“Yang tengah tu asal tengok muka dia urut dada. Sabar jelah.
“Aku kalau jumpa Mat Rejab ni tah tahulah nak ambil gambar ke nak penampar. Geram betul dengan muka dan perangai.
“Tahniah kepada seluruh kru, pelakon dan pengarah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Ads
Terdahulu, drama, Ayahanda bersiaran pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di saluran TV3.
Selain Ogy, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Noor Khiriah dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Ogy Ahmad Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir pihak yang secara terbuka mengkritik cara Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam menangani pandemik Covid-19 yang semakin meruncing di negara ketika ini.
Jelas Azza, semua pihak tidak seharusnya melupakan jasa dan keringat yang telah pun dicurahkan oleh Tan Sri Hisham memandangkan beliau merupakan antara individu yang telah pun bertungkus lumus memerangi wabak ini sejak daripada awal lagi.
“Tan Sri Hisham berhempas pulas siang malam pagi petang buat kerja. Bro kita semua nampak bro. Kita semua nampak siapa buat kerja siapa yang tak. Tan Sri Noor Hisham and frontliners they try their very best to save everybody.
“Kau tak nampak ke ape. Ish awak ni lah, jangan buat statement aneh-aneh sangat wak. Such a looser! Lol 3 kali.
You better shut your mouth!,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Perempuan Tanpa Dosa itu memerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Azza turut mengigatkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan beliau tidak akan pernah terpadam sampai bila-bila.
“Minta maaflah sebab kadang-kadang orang macam ni kita kena bagi tahu sebab dia pun tulis kat Twitter kan so kita pun ada hak pertahan kan apa yang kita nampak.
“Kebenaran yang kita nmpk jelas
#fightforfrontliners . 1 Malaysia I ulang 1 Malaysia dengan tan Sri @dghisham,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Peliklah pandai bercakap je. Semua frontliner dah penatlah sampai kesihatan sendiri pun terabai. Doa yang baik-baik untuk semua.
“Astagfirullahaladzim. Dr Noor Hisyam dan team frontliners dah buat yang terbaik kot. Geram pulak kita dibuatnya.
“Saje lah tu nak buat orang tak suka DG. Tapi too bad. Takda siapa side dia.
“Bagi idea cara untuk mengatasi masalah besar dunia iaitu COVID-19. Jangan pandai condemn je macam tong kosong. Saya salute Tan Sri Noor Hisyam,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Azza Elite
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam sekali lagi berkongsi berita duka apabila mengesahkan dirinya turut positif Covid-19 selepas beberapa anak serta suaminya, turut positif wabak berkenaan.
Rebecca memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Dia mengakui meski pada awalnya negatif, namun ia bertukar sebaliknya setelah menjaga suami dan anak-anak yang didapati positif.
“Pada Awal nya Saya Negative. Akhirnya MUMMYBECCA juga di sahKan #PositiveCovid19 setelah menjaga suami dan anak anak TerCINTA.
SIHAT seperti Sedia Kala Ya semua. Secara JUJUR mummy juga Hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terFikir Dgn Sekelip Mata Segalanya Dari Sang PENCIPTA,” tulisnya.
Bekas peserta Dewi Remaja sezaman Scha Alyahya ini juga mengakui kasihan melihat akan keadaan suaminya serta anak-anak yang dijangkiti Covid-19.
“TerLalu Laju, Bahaya Sgt2 #Covid19 ni. Kesian Tgk Suami dan Anak Anak Semua. Jadi MUMMYBECCA tak sampai hati dan TerPaksa Masuk BerCampur dgn mereka Semua utk memberi ubat dan sebagainya.
“Demi Anak anak Dan Suami Yg TerLalu lemah, MUMMYBECCA Cuba KuatKan diri, Dan Akhirnya Malam Tadi, MUMMYBECCA juga DisahKan #positiveCovid19.
“Saya REDHA dgn Ujian Ini #InsyaAllah. Terima Kasih Diatas DOA Anda Semua. #SayaAmatHargai,” tulisnya lagi.
Kelmarin, Rebecca memaklumkan suaminya Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana, serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.
Menerusi perkongsian sama, Rebecca turut memaklumkan bahawa keadaan suaminya sedikit teruk berbanding yang lain.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang.
Malah sehingga kini, ia video lirik lagu tersebut sebanyak 3.8 juta totonan setakat ini di YouTube.
Terbaharu, band pop rock meningkat naik, Neon Band pula muncul dengan versi rock baru yang ‘catchy’ berjudul ‘Aku Budak Boy’.
Selain mengenengahkan susunan muzik yang baru, lagu ‘Aku Budak Boy’ turut menampilkan penyanyi baru Neon Band, Boy yang merupakan bekas peserta program ‘Suara Viral’ (SR).
Keputusan vokalis lama Neon Band, Ezwan Ariff yang melancarkan single solo berjudul ‘Misteri’ sejak Disember tahun lalu menimbulkan tanda tanya apakah dia sudah meninggalkan kumpulan itu.
Kini, selepas tujuh bulan single solo Ezwan dilancarkan, persoalan itu terjawab apabila posisi Ezwan diisi penyanyi baharu tersebut.
Ini bermakna, penglibatan Boy, 33, atau nama sebenarnya Mohd Firdhaus Mahadzir melengkapkan ‘line up’ baru Neon Band yang turut dianggotai Adam (gitar), Azuad Abdullah (dram), Firdaus (keyboard), Naim (bass) dan Syafique Sharif (gitar).
Menurut Boy, penyertaannya dalam Neon Band adalah secara tidak sengaja selain menyifatkan dia lebih cenderung bergerak bersama kumpulan berbanding secara solo.
“Selepas tamat program SV saya ada berjumpa Abang Lan Adlie. Ketika itu, dia mahu carikan saya single solo. Saya okay saja. Sudah ada beberapa lagu tapi berasakan tidak kena dengan jiwa saya.
“Saya pula kalau boleh memang nak bersama sebuah kumpulan. Jadi, dia pun menyokong hasrat saya itu. Kebetulan sebelum masuk SV, saya memang terlibat dengan sebuah band. Namun, bukan rezeki kami untuk bersama.
“Kemudian Abang Lan minta saya cuba cari band yang lain. Kebetulan berjumpa dengan Neon Band dan kami pun ‘jamming’ bersama. Ketika itu, saya tahu mereka sudah ada vokalis yang terlibat dengan projek solo.
“Dari situ, kami cuba buat lagu sendiri. Tapi, pelancaran lagu ciptaan sendiri ini kami tangguh dulu. Kami fikir daripada tidak buat apa-apa, baik cuba rakaman nyanyian semula atau ‘cover version’.
“Ketika kami persembahkan ‘cover version’ lagu Aku Budak Girl, Abang Lan cukup tertarik dan minta kami buat susunan muzik baru agar berbeza dengan lagu ‘Aku Budak Girl’,” katanya.
Bertitik tolak dari situ, lagu nyanyian semula ‘Aku Budak Boy’ yang diinspirasikan daripada lagu ‘Aku Budak Girl’ nyanyian Suekhaizhar dipertaruhkan sebagai single pengenalan Neon Band bersama penyanyi baru yang diterbitkan Nova Music.
Sekali gus, lagu yang mendapat sentuhan susunan muzik daripada Neon Band itu sendiri memberi nafas baharu kepada muzik mereka sebelum ini.
“Macam dikatakan, single pertama Neon Band bersama saya sebagai vokalis baru sepatutnya dilancarkan selepas sambutan hari raya lalu. Tapi, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kami tidak sempat buat video muzik. Itulah yang membuatkan kami terpaksa tangguh dulu pelancaran single terebut.
“Jadi, pihak pengurusan Nova Music nak ketengahkan lagu Aku Budak Boy ini sebagai single pertama kami. Lagi pun Neon Band sudah lama tak keluar lagu baru. Jadi, nak gunakan fenomena lagu asal ini untuk kemunculan semula kami dan dalam masa sama memperkenalkan saya selaku vokalis baharu Neon Band.
“Kiranya, single Aku Budak Boy yang baru dilancarkan ini sangat berbeza dengan muzik Neon Band yang dikeluarkan sebelum ini. Malah, lagu baru yang ditangguhkan itu pun tidak sama.
“Dalam erti kata lain, lagu Aku Budak Boy ini memberi nafas baharu kepada muzik Neon Band sekali gus mampu menarik lebih ramai pendengar muzik tempatan. Harapnya, peminat boleh terima ‘wajah’ baharu Neon Band ini,” katanya.
Boy menambah, ‘Aku Budak Boy’ itu adalah ‘balasan’ kepada lagu ‘Aku Budak Girl’ yang mana liriknya lebih berunsur positif dengan memberi semangat kepada ‘Girl’ dan penyanyi Suekhaizhar yang mendapat kecaman warganet.
“Lirik asal lagu ini ada bahagian yang ditukar. Seperti semua tahu, lagu asal ini terkenal dan tular, tapi banyak juga dikecam dan dikeji. Jadi, lirik lagu Aku Budak Boy ini adalah balas balik kepada lirik lagu Aku Budak Girl yang memberi semangat pada ‘Girl’ dan penyanyi itu. Orang kata, semangat Boy pada Girl,” katanya lagi.
Ditanya tidakkah dia dan Neon Band bimbang jika dikatakan menumpang populariti lagu lain, Boy mewakili kumpulan itu mengakui masing-masing akan mendapat ‘keuntungan’ dan kelebihan.
“Bagi saya dalam bidang muzik kena bijak untuk buat keputusan. Sebagai contoh, kalau kami keluar lagu lain ketika saya pula masih baru pasti lebih sukar untuk mendapat tempat. Jadi, apa boleh dikatakan kami memang menumpang populariti lagu yang viral ini, tapi secara positif.
“Kami membawakan lagu ini dengan versi tersendiri yang memberikannya nafas baharu. Kalau lagu asal orang kecam, saya yakin untuk versi Aku Budak Boy ini orang akan suka. Malah, tanggapan mereka terhadap lagu ini pasti berubah.
“Sebenarnya kami nak bagi orang dengar kekuatan lagu ini. Secara tidak langsung, menerusi lagu Aku Budak Boy, lebih ramai orang lagi akan mendengar lagu Aku Budak Girl.
“Ramai cakap lagu ini mudah, tapi tak sebenarnya. Kami ambil masa dua hari untuk siapkan proses rakaman lagu ini,” katanya.
Antara lagu yang pernah dihasilkan Neon Band sebelum ini dan berjaya diterima peminat adalah ‘Cinta Yang Telah Mati’, ‘Hingga Akhir Nanti’, ‘Kaca’ dan ‘Jiwa’.
Lagu ‘Aku Budak Boy’ terbitan Nova Music telah dilancarkan hari Jumaat lalu dan kini boleh didengar di semua pelantar striming muzik.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.