Ramai Nak Jadi ‘Thanabalan’!

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir bagi merebut pingat emas dalam Sukan Sea 2017.

Malaysia telah melayakkan diri dengan jaringan sebanyak satu gol hasil tandukan hebat daripada N Thanabalan.

Secara tidak langsung, Thanabalan telah menjadi wira negara dalam sukan bola sepak bagi Sukan Sea kali ini.

Selain daripada berita gembira kemenangan Malaysia pada separuh akhir tempoh hari, nampaknya ada perkara yang menarik perhatian MH Online di mana ramai netizen yang sudah mula mahu menjadi ‘Thanabalan’.

IKLAN

Melalui satu aplikasi kamera, terdapat pelbagai jenis efek yang boleh mengubah rupa paras dengan elemen-elemen menarik yang disediakan di dalam aplikasi tersebut.

Salah satunya adalah efek jambang dan efek tersebut telah digunakan oleh netizen kepada foto wajah mereka sendiri untuk kelihatan seperti wira bola sepak negara, Thanabalan.

Jom kita lihat gambar lucu mereka yang kelihatan seperti Thanabalan.

IKLAN

Sungguh kreatif para netizen mahu kelihatan seperti Thanabalan. Apapun untuk acara bola sepak peringkat akhir nanti di mana Malaysia akan menentang pasukan Thailand bagi merebut emas, kami di MH Online mengucapkan semoga berjaya kepada pasukan Malaysia dan kami rakyat seluruh rakyat di negara ini tidak akan pernah putus memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara untuk mendapatkan kemenangan.

Sumber: Instagram Fairusmusa, Parkyid & Faridabdillah