“Ramai Kata Suara Kami Sesuai Dengan Lagu Jamal Abdillah,” – Hoondoo

Share

Peserta duo asal Korea Selatan, Hoondoo enggan berasa selesa meskipun sering mendapat markah tertinggi dan tidak pernah berganjak daripada tangga teratas di program Big Stage 2023.

Jelas Lee Sung Hoon, ada banyak perkara yang harus perbaiki terutamanya dari segi bahasa.

“Walaupun hampir setiap minggu kami mendapat markah yang agak tinggi tapi cabaran terbesar kami tetap dari segi bahasa terutamanya lagu Bahasa Melayu.

“Namun, kami tidak mahu jadikan ini sebagai alasan kerana sebagai peserta asal Korea Selatan, kami kena terima cabaran ini dan cuba untuk mengatasinya.

“Setiap hari kami berlatih untuk mendalami Bahasa Melayu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, mereka juga amat teruja untuk membawakan lagu Ghazal Untuk Rabiah pada konsert minggu ke-6.

“Kami akan sahut cabaran Ajai untuk menyanyi dan menari. Bermula malam ini, kami akan berlatih hari-hari untuk menjayakan persembahan minggu hadapan walaupun menari bukan kekuatan kami.

“Kenapa kami memilih untuk menyanyikan lagu Ghazal Untuk Rabih? Bagi kami, satu-satunya cara untuk mempelajari tentang sesebuah negara adalah melalui budaya,” ujarnya lagi.

Jelas Hoon lagi, dia dan pasangannya, Doo Jin Soo kerap mendapat permintaan untuk menyanyikan lagu daripada penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah selepas video mereka menyanyikan lagu Belenggu Rindu tular di Youtube.

“Kami mendapat saranan daripada orang ramai untuk membawakan lagu Jamal di dalam program ini. Sebelum ini, kami pernah memuat naik video cover bagi lagu Belenggu Rindu nyanyian Jamal dan Wany Hasrita.

“Jadi, ramai yang kata suara kami ini sesuai dengan lagu Jamal. Sejak daripada itu, kami tahu lagu Ghazal Untuk Rabiah ini,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai tahap keyakinan mereka untuk bergelar juara, ni respon Doo;

Masih jauh lagi untuk kita tentukan siapa yang menjadi juara. Matlamat kami di pertandingan ini adalah untuk memastikan muzik dan pengusaan bahasa kami sampai ke hati peminat,” katanya.

Terdahulu, sepanjang bersaing di Big Stage 2023, Hoondoo merupakan peserta yang paling konsisten berbanding peserta-peserta lain.

Lantaran itu, pijak juri telah bersepakat untuk mencabar Hoondoo untuk membawakan lagu tradisional, Ghazal Untuk Rabiah pada minggu hadapan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN