Penyanyi Shiha Zikir menyifatkan dirinya sudah banyak bersabar dengan apa yang berlaku ke atas dirinya sejak kebelakangan in. Pada masa sama, dia juga bersedia untuk mengambil tindakkan keras sekiranya perlu.

Terbaru, penyanyi lagu Jagakan Dia ini ada memuat naik kenyataan di Instagram mengenai kisah rakannya yang liat membayar hutang serta dituduh menggunakan barangan tiruan.

https://www.instagram.com/p/BmPc9d7nLr2/?hl=en&taken-by=shihazikir

Individu tersebut diberi tempoh sehingga minggu hadapan untuk melangsaikan segala hutang dan sekiranya gagal, Shiha tidak teragak-agak untuk membut laporan polis serta akan tularkan individu tersebut.

IKLAN

Shiha ternyata kesal dengan tindakkan individu tersebut kerana sanggup melakukan hal yang sedemikian walaupun sering kali bertemu.

https://www.instagram.com/p/BmPdRhKHspI/?hl=en&taken-by=shihazikir

Dalam situasi berlainan, Shiha juga meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pengguna Instagram bertindak menuduh dirinya menggunakan barang tiruan.

IKLAN

Tambah Shiha, dia berasa sedih kerana barang yang dibeli hasil  titik peluhnya dituduh palsu tanpa usul periksa walaupun niat mereka hanya sekadar bertanya.

Di akhir kenyataan, Shiha turut memberi amaran sekiranya komen-komen yang mendatangkan fitnah berlaku lagi kepada dirinya selepas ini, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakkan.

IKLAN

Foto: Instagram & Carian Google

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI