Berita

Rajin Workout, Penampilan Baharu Wanita Elegan Ini Raih Perhatian – Gorgeous Sungguh Datin Seri Zizie Izette!

Share

Kerap berkongsi perkembangan terkininya di media sosial khususnya Instagram, tidak dinafikan penampilan aktres versatil, Datin Seri Zizie Izette menjadi sorotan ramai sejak dulu hingga kini.

Malah rutin gaya hidup sihat yang diamalkan bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina yang mana pada usia 44 tahun, masih kelihatan ‘fit’.

Hasil rutin workout dengan jurulatih berpengalaman di gimnasium nyatanya membuahkan berhasil dan ia boleh dilihat menerusi beberapa hantarannya di Instagram.

Rata-rata mereka memuji penampilannya yang menawan itu.

Dikenali sebagai antara figura yang mudah mesra dan merendah diri, Datin Seri Zizie Izette, sememangnya kekal diingati pencinta dunia seni menerusi beberapa naskhah lakonan yang pernah dibawanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN