Pelakon Aniq Suhair, mencuri perhatian apabila dilihat begitu tekun dan berdedikasi dalam menyempurnakan ibadah korban.
Momen istimewa itu dirakam dan dikongsikan oleh penerbit terkenal, Datuk A. Aida menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, hari ini.
Dalam video berkenaan, Aniq kelihatan sibuk melapah daging lembu korban bersama beberapa lelaki lain, termasuk pelakon senior, Zul Huzaimy.
Tindakan rajin Aniq itu nyata menarik perhatian A. Aida, yang turut memuji sikap aktor muda itu dalam kapsyen video tersebut.
“Boleh buat menantu… rajin sungguh… sekor lembu dia sorang melapah Aniq Suhair.
“Ini pulak Zulhuzaimy, orang dah siap baru sampai,” selorohnya.
Ads
Sambutan Aidiladha Meriah di Janda Baik
Majlis korban tersebut diadakan sempena sambutan Aidiladha dan dianjurkan oleh A. Aida sendiri di Janda Baik, Pahang.
Selain rakaman Aniq melapah daging, A. Aida turut memuat naik beberapa video suasana sambutan, termasuk persiapan agihan daging korban kepada penduduk setempat.
Selepas hampir seminggu ditayangkan di pawagam, filem Keluang Man The Movie nyata memberikan impak positif kepada penonton.
Malah disebabkan filem ini juga, makin ramai generasi baharu terutamanya golongan kanak-kanak, yang mula meminati adiwira ikonik tempatan itu.
Bersempena tayangan minggu pertama, skuad Keluang Man The Movie mengambil inisiatif untuk turun padang dan bertemu dengan peminat di tengah-tengah Kuala Lumpur!
Bertempat di beberapa lokasi tumpuan di Bukit Bintang, dapat dilihat rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengambil foto kenangan bersama maskot Keluang Man.
Perasaan teruja jelas terpancar di wajah kanak-kanak ini apabila mereka dapat melambai dan bersalaman dengan Keluang Man.
Para pelancong luar negara yang melalui lokasi sama juga turut teruja melihat kemeriahan sambutan Keluang Man di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, bintang utama Keluang Man The Movie, Nas-T meluahkan rasa terharu apabila watak Borhan yang dibawanya mendapat pujian dan respon positif penonton.
Menurut Nas-T, kejayaan tersebut datang hasil usaha kerasnya dalam membuat persiapan sepanjang penggambaran selain sokongan kru produksi lainnya.
“Alhamdulillah, bila orang suka dengan hasil kerja kita, itu bermakna kita berjaya buat kerja dengan betul. Saya memang berniat nak bawa watak ini dengan jayanya agar dapat menarik minat penonton.
“Bila saya terima pujian seperti ini, itu bermakna kerja-kerja dan usaha yang saya lakukan selama ini berbaloi.
“Sebelum dipilih menjadi Keluang Man, pengarah memang ingin mencari pelakon yang dekat dengan watak Borhan. Bila saya dipilih, itu bermakna saya ada ciri-ciri tersebut.
“Namun, saya akan tetap bawakannya dengan cara saya sendiri,” katanya.
Katanya lagi, dia juga tidak kisah jika watak Borhan dan Keluang Man ini terus melekat dan menjadi identitinya selepas ini.
“Ada pepatah mengatakan, lebih baik kita dikenali kerana sesuatu daripada tidak dikenali langsung.
“Jika inilah perjalanan hidup dan kerjaya yang telah ditentukan Allah SWT iaitu dengan menjadi Keluang Man sepanjang hayat saya, saya tidak akan mempersoalkannya.
“Saya tetap akan teruskan. Namun, pada masa sama, sebagai seorang pelakon, saya mahu dikenali sebagai pelakon versatil. Sekali sekala saya juga akan lari bawa watak lain,” kongsinya lagi.
Meskipun terpaksa bersaing dengan filem-filem yang lain, Nas-T akui teruja melihat perkembangan positif industri filem di negara ini.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita kena sokong karya tempatan. Itu sahaja. Kita tonton dan bagi sokongan kepada semua. Biar semua box office.
“Saya tiada perasaan risau bila filem lain lebih baik atau filem saya dibandingkan. Kalau kita faham konsep sokong produk tempatan, semua filem yang bagus boleh naik bersama-sama.
“Fokus utamanya adalah untuk menghasilkan karya yang terbaik. Jadi, karya-karya seterusnya pula akan jadi lebih baik lagi dari sebelumnya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin menjelaskan dua jambangan bunga yang dihantar sewaktu penyanyi Amira Othman dirawat di hospital baru-baru, ini hanyalah tanda keprihatinannya terhadap kesihatan rakan artis.
Menurut Fattah, kehadiran ibunya, Azizah Abdul Ghani, di hospital pada hari ketiga juga berlaku secara kebetulan memandangkan mereka keluar bersama pada waktu itu.
“Seperti yang saya katakan, Amira ialah rakan sekerja dan saya prihatin tentang kesihatannya. Saya hantar bunga dua hari sahaja dan bukanlah hari-hari.
“Kemudian, orang kata hari ketiga saya hantar ibu pula. Sebenarnya, ibu saya memang nak melawat Amira.
“Kebetulan pada hari tersebut, saya dan ibu keluar bersama. Dia kata alang-alang keluar, bolehlah lawat Amira sekali,” katanya kepada MH.
Tambah Fattah, hubungan keluarganya dengan Amira bukan sesuatu yang asing kerana mereka juga pernah bekerjasama dalam produk bersama.
“Keluarga saya dan Amira sudah saling kenal. Kami juga ada keluarkan produk bersama. Adik-beradik saya pun sokong produk yang Amira keluarkan. Bila ada yang sakit, kita sesama keluarga rasa prihatin,” katanya lagi.
Fattah turut mengakui keluarganya agak risau terhadap keadaan Amira yang tiba-tiba dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah rendah.
Kejadian yang berlaku secara mengejut itu membuatkan mereka lebih peka terhadap kesihatan penyanyi berkenaan.
“Ibu saya memang risau tentang keadaan Amira. Kita pun tak pernah tahu yang Amira ada sejarah tekanan darah rendah. Ia berlaku secara mengejut.
“Amira secara tiba-tiba mengalami sakit perut dan doktor minta dia ditahan di hospital. Kami sekeluarga memang agak risau.
“Kami masih ada beberapa projek bersama. Bila Amira tidak sihat, ia akan beri kesan kepada saya juga. Jadi, kita sama-sama ambil tahu,” jelasnya.
Menjawab isu dua jambangan bunga yang menjadi buah mulut netizen, Fattah menegaskan pemberian itu tidak membawa maksud tersirat.
“Itu semua teori daripada peminat sahaja. Mereka siap bagi maksud tentang bunga-bunga yang saya hantar. Kata mereka, setiap warna dan jumlah kuntum itu ada maknanya.
“Sebenarnya tiada maksud tersirat pun. Namun, saya hargai usaha mereka yang sangat prihatin.
“Bukan peminat sahaja, rakan-rakan artis dan stesen radio pun ambil berat. Kami jadi terhibur,” akhirinya.
Untuk rekod, Fattah menjadi tumpuan selepas berkongsi gambar Amira terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga tulip, diikuti dengan kiriman bunga mawar merah jambu dan ungu.
Kehadiran ibunya ke hospital pada hari ketiga menambahkan lagi spekulasi netizen terhadap hubungan mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ, mengakui belum mempunyai sebarang perancangan untuk kembali aktif dalam dunia politik.
Sebaliknya, beliau kini lebih bahagia menikmati fasa kehidupan yang membolehkannya melakukan perkara-perkara yang tidak sempat dilakukan ketika bergelar ahli politik.
“Mungkin satu hari nanti. Ketika ini, saya sedang menjalani hidup yang sangat hebat. Saya dapat bekerja dengan orang-orang hebat dan jenama-jenama tempatan.
“Saya rasa sangat bertuah kerana ada tempoh keluar sekejap ini. Jika tidak, saya tidak akan merasai peluang seperti ini.
“Bila dapat bantu dan lihat jenama tempatan berjaya, saya seronok rasanya. Saya sedang menikmati momen ini,” katanya kepada MH.
KJ berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran menu baharu jenama minuman popular Tealive di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis lalu.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsi bahawa masanya kini lebih diutamakan untuk keluarga, selepas bertahun-tahun dikorbankan demi negara.
Baginya, tempoh ‘rehat’ ini adalah peluang keemasan yang tidak ternilai.
“Saya banyak berkorban waktu bersama anak-anak dan keluarga sewaktu saya di dalam dunia politik. Kini saya sedang kejar semua waktu yang telah dikorbankan itu.
“Saya tiada penyesalan kerana mereka juga faham. Saya yang buat pilihan untuk terjun ke bidang politik dan berkhidmat kepada masyarakat.
“Selama dua tahun ini, saya dapat membayar semula hutang masa dengan keluarga saya. Saya sangat bersyukur.
“Walaupun peluang ini hadir tanpa dirancang dan hadir kerana kekalahan, pada akhirnya ia kemenangan bagi saya untuk mengejar masa yang hilang,” ujarnya lagi.
Walaupun ada desas-desus mengatakan beliau akan kembali ke arena politik negara susulan perubahan dalam barisan kabinet, KJ tampil menafikan spekulasi tersebut.
“Saya bukan ahli Perikatan Nasional. Buat masa ini juga, saya juga masih bukan ahli UMNO. Tiada apa yang perlu saya komen. Kita fokus saya pada majlis ini,” katanya ringkas.
Beliau kini kekal selesa di kerusi penyampai radio sambil aktif melibatkan diri dalam pelbagai kolaborasi jenama tempatan, memperlihatkan sisi berbeza beliau selepas dunia politik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Khairy Jamaluddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.