Raja Farah Masuk Hospital Akibat Sakit Belakang, Bawa Anak Sulung Naik Kerusi Roda Sekali

Share

Pelakon Raja Farah berkongsi berita cemas apabila dia telah dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu akibat masalah sakit belakang.

Kongsinya, tiada apa yang serius dan dia telah mengikuti sesi rawatan fisioterapi.

“Saya telah dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu berikutan masalah sakit belakang yang saya alami.

“Alhamdulilah tiada apa yang serius dan saya telah melalui sesi rawatan fisioterapi.

“Hari ini anak lelaki saya ikut naik kerus roda sekali. Menangis2 setiap kali kena tinggal…mama kasi chance lah,” tulis Farah di ruangan kapsyen. 

Menerusi perkongsian itu,  rata-rata pengikutnya mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail pada September 2015 dan dikurniakan dua orang anak, Imran Iskandar, 4, dan Ilham Iskandar, 1 tahun.

 Foto : Instagram Raja Farah

IKLAN