Walaupun hanya bertahan di minggu pertama program Raise The Star Malaysia, pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad tetap bersyukur dengan peluang yang diberikan.
Menurutnya, pengalaman menyertai program realiti ini adalah impian sejak kecil.
“Saya ingin berterima kasih kepada Astro kerana memberikan pengalaman yang manis dan indah di Raise The Star Malaysia.
“Tujuan utama saya sertai program ini kerana sejak kecil, saya menyimpan impian nak masuk program realiti. Saya pernah mencuba pada usia awal 20-an tapi tak pernah dapat.
“Bila dapat masuk ke Top 30, saya rasa sangat bersyukur cuma saya ralat kerana tak dapat rasai suasana ini lebih lama.
“Tak mengapalah. Di luar pun saya sudah bergelar penyanyi. Saya sudah punyai hala tuju muzik sendiri,” katanya kepada MH.
Wanns atau nama penuhnya Wan Nursalam Wan Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas konsert saingan minggu pertama di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.
Ads
Terus Berkarya, Tak Gentar Kritikan
Enggan menjadikan penyingkiran sebagai titik noktah, Wanns melihat segala komen daripada juri sebagai ruang pembelajaran dan pemantapan diri.
“Saya okay sahaja dengan komen-komen para juri. Sedikit sebanyak saya dapat ilmu baharu dan perbetulkan segala kesilapan dan kekurangan saya,” katanya.
Malah dia juga menegaskan, cintanya terhadap seni tidak akan terhenti hanya kerana tersingkir awal.
Ads
“Saya tidak akan berhenti menyanyi. Saya akan terus hasilkan lagu mengikut hala tuju dan penggemar muzik yang sejiwa dengan saya.
“Bagi yang mengenali saya, apa sahaja perkara yang melibatkan seni, saya akan buat. Ia rezeki buat saya. Saya seronok bila bekerja dalam bidang seni ini.
“Ia ibarat seperti kita melakukan hobi tapi pada masa sama, kita bekerja dan dapat cari duit,” jelasnya lagi.
Berkongsi harapannya selepas ini, Wanns tetap terbuka untuk kembali menyertai mana-mana program realiti yang menawarkan peluang baharu.
Ads
“Kenapa tidak? Saya nak merasai suasana program realiti lagi. Kita ada boot camp, kelas dan dapat berjumpa dengan orang-orang baharu.
“Kita dapat rendahkan ego bila berjumpa dengan orang-orang yang lebih muda. Kita rasa diri ini sebaris sahaja.
“Pada saya, dalam hidup ini, bila seseorang itu rasa terlalu selesa, mereka akan rugi. Hidup kita ini tidak lama. Jadi, kita nikmati sahaja setiap ruang dan pengalaman yang dihidangkan kepada kita,” ujarnya lagi.
Nama Wanns Ahmad diumumkan sebagai antara lapan peserta yang tidak berjaya mara ke minggu kedua.
Antara yang turut tersingkir bersama beliau termasuk Iqmal Romie, Azren Al Bakri, Bella, Aiman Hakim, Amir, Halida Ramlee dan Syahera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Azar Azmi yang sukses selepas diberi kepercayaan membawakan watak Juita menerusi drama Nur 2 mengakui dia sukar untuk mengikis watak tersebut jauh-jauh dalam dirinya.
Apatah lagi, ia merupakan suatu pengalaman baru buat wanita berusia 28 tahun ini selepas lebih sedekad bergelar pelakon.
“Pada peringkat awal saya terima tawaran tersebut, confirm memang kena kecam sebab ada yang scene yang mungkin boleh menimbulkan reaksi atau pandangan pelbagai.
“Kalau benda itu berjaya alhamdulilah, kalau benda tu tak berjaya pun kena pasti ada yang akam kecam. Jadi saya hanya cuba bawa watak tersebut sebaiknya.
“Malah, saya awal lagi bersedia dengan apa benda sekalipun sebab Azar sendiri pun jenis yang macam tak kisah.
“Kalau orang nak kecam pun maksudnya Azar berjaya bawa sesuatu benda tu” katanya kepada MH.
Mengimbau kembali perjalanan kisahnya pada awal-awal penggambaran, bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini bagaimanapun turut menjelaskan, dia perlu mengenakan persailinan yang seksi demi kesesuaian watak.
Pada masa sama, Azar menjelaskan, dia mempunyai jawapan sendiri andai selepas ini dia terusan dikritik.
“Pada Azar benda tu tak ada mendatangkan apa apa pun sebab kita akan berpakaian mengikut karakter yang kita bawa.
“So kalau dah watak pelacur, so kita kena bawak benda tu sebagai baju tu sebagai pelacur, tak akan nak kita nak pakai jubah, benda tu tak sesuai.
Betul tak? Rasanya peminat pun tahu untuk menilai,” terangnya.
Untuk rekod, Azar Azmi merupakan bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 sezaman Neelofa, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan ramai lagi.
Pengacara dan pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf mendedahkan dia sebenarnya sudah mula terfikir untuk tidak lagi menggunakan gelaran ‘Imam Muda’ memandangkan usianya kini sudah hampir menjangkau 40 tahun.
Menurut Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, meskipun nama tersebut sudah sinonim dengan dirinya, namun, dia mahu memberi laluan buat generasi-generasi baru untuk meneruskan tanggungjawab tersebut.
“Ini yang saya nak ceritakan, daripada tahun 2010 sampai 2022 orang panggil saya Imam Muda. Dah 12 tahun dah. Daripada Imam yang muda sampaikan dah tua. Ada juga yang tanya sampai bila nak guna gelaran itu?
“Nak tarik ‘hand break’ atau letak jawatan macam poyo pula. Ini bukan jawatan yang diberikan oleh Sultan atau universiti.
“Tetapi bila difikirkan semula, ramai lagi pewaris dari kalangan anak-anak muda, maka saya fikir perlu untuk saya menghulangkan gelaran yang dah tak sesuai untuk saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara program Imam Muda musim pertama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Asyraf juga sempat berseloroh mengenai nama baharu yang mungkin akan diguna pakai olehnya selepas ini.
“Dah tua dah dan anak pun dah tiga orang dah. Umur juga nak masuk 40 tahun dah. InsyaAllah mungkin lepas ni akan tukar gelaran lain seperti Asyraf Official, Asyraf Tiger, Asyraf Dragon atau apa-apa sahajalah.
“Walaupun dah melekat dan nak ubah pun susah sebab orang yang bertahun panggil sebegitu, tapi rasanya kurang sesuai dah.
“Semoga Allah berikan kebaikkan dan sejarah ini tetap terpahat di hati saya sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Asyraf memaklumkan dirinya tidak kisah mengenai panggilan tersebut asalkan ia disertakan dengan doa yang baik-baik.
“Saya ‘OK’ saja hendak dipanggil apa. Imam Muda ka Imam Tua ka, Ustaz ka, Bro ka, Acab ka, Imam saja ka, Pakcik Asyraf ka, Encik Asy ka. Tak kesah.
“Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik,” akhirinya.
Sekadar informasi, Asyraf telah dinobatkan selaku juara bagi program Imam Muda musim pertama pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Imam Muda Asyraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Syukur, alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan bayi perempuan semalam pada 9 Jun 2024.
“Jam 1.05 petang secara normal,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Halal ini juga akui teruja apabila keluarganya kini sudah semakin besar.
“Syukur Ya Allah, keluarga kami sudah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Raja Farah dan bayinya sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, tahniah. Sekarang ada dua lelaki dan dua perempuan.
“Tahniah dan selamat berpantang.
“Sekejap sahaja. Tahu-tahu dah ada empat orang anak. Tahniah Farah.
“Seronoknya sudah ada dua pasang.
Sekadar informasi, Farah dan suami Iskandar Ismail telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 September 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata yang diberi nama Imran Iskandar, Ilham Iskandar dan Intan Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...